☰
Isu Terkini

Oktober 2024

30 Januari 2024

WorldSBK 2024: Valentino Rossi Muncul di Sesi Ujian WSBK Portimao?

Sempena pembukaan tirai musim baru WorldSBK 2024, pasukan Aruba.it Ducati WorldSBK telah menganjurkan sesi tunggangan uji bersama para pelumba WorldSBK di Litar Portimao, Isnin lalu. Turut hadir ke penganjuran tersebut ialah para pelumba MotoGP seperti pasangan adik beradik Marquez, Francesco Bagnaia, Franco Morbidelli, Fabio di Giannantonio dan Enea Bastianini.

Valentino Rossi '46' dan Nicolo Bulega.
Valentino Rossi '46' dan Nicolo Bulega.
Yamaha R1 GYTR VR46.
Yamaha R1 GYTR VR46.

Apa pun, paling mengejutkan apabila Lagenda MotoGP, Valentino Rossi tidak melepaskan peluang menikmati kembali kepuasan 'berentap' di litar bersama para pelumba lain. Rossi menunggang jentera Yamaha YZF-R1 yang dihadiahkan oleh pihak Yamaha bersempera persaraannya pada 2021 yang lalu dan mencatatkan 'Lap-Time' terbaiknya pada 1:44.703s.

Nicolo Bulega merupakan pelumba terpantas di sesi ujian masa Litar Portimao.
Nicolo Bulega merupakan pelumba terpantas di sesi ujian masa Litar Portimao.

Pelumba pasukannya (VR46 Team) iaitu Marco Bezzecchi berjaya mencacatkan 1:43.622 diikuti Di Giannantonio's, 1:43.740s.

MArc Marquez menunggang Ducati Panigale V4 R.
MArc Marquez menunggang Ducati Panigale V4 R.
Musim pertama Toprak Razgatlioglu bersama jentera BMW.
Musim pertama Toprak Razgatlioglu bersama jentera BMW.
Andrea Iannone kembali berlumba selepas 4 tahun.
Andrea Iannone kembali berlumba selepas 4 tahun.

Hadir sama ialah seteru lama 'The Doctor' iaitu Marc Marquez yang menunggang Ducati Panigale V4 R yang berkuasa 240hp. Marc dan adiknya Alex tidak memasang 'transponder' pada jentera masing-masing, maka catatan masa mereka berdua tidak dicatatkan. Ini mungkin kerana Marc tidak mahu para pencabarnya mengetahui potensinya bersama jentera Ducati. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.