☰
Isu Terkini

Oktober 2024

19 Jun 2024

Maverick Vinales...Enea Bastianini Sah Sertai KTM Tech3

Dua pelumba mantap, Maverick Vinales dan Enea Bastianini sah akan menyertai pasukan KTM Tech3 untuk saingan MotoGP 2025. Maverick akan meninggalkan pasukan Aprllia selepas tiga tahun memberi khidmat manakala Bastianini atau 'The Beast' pula tidak akan lagi bersama pasukan Ducati untuk musim akan datang.

Kedua-dua pelumba ini, akan dipadankan dengan jentera KTM RC16 'Factory' pada 2025 sebagai sebahagian daripada perjanjian dan akan membentuk pasukan 'gabungan' dengan oren Red Bull KTM yang dibarisi oleh Brad Binder dan Pedro Acosta. Pedro,  20 tahun merupakan 'bintang' yang semakin bersinar dengan kemampuan menyaingi para pelumba yang lebihg berpengalaman. Dia kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 101 mata.

Maverick Vinales.
Maverick Vinales.

Setakat ini, Maverick sudah pun meraih kemenangan pada tahun 2024 dan mencipta rekod sebagai pelumba pertama dalam era MotoGP yang berjaya memenangi perlumnbaan dengan tiga jenama berbeza. Ini membuktikan Maverick Viñales membawa pengalaman dan bakat yang luar biasa kepada pasukan KTM nanti. Pelumba bernombor #12 itu sebenarnya adalah juara dunia Moto3 bersama pasukan KTM pada tahun 2013 dan menjadi antara pelumba paling berbakat dalam usianya ketika itu. Semangat, kepantasan dan kecergasan Maverick yang padu menjadikannya salah satu nama terkemuka dalam grid MotoGP hingga ke saat ini.

Pedro Acosta sudah menandatangani perjanjian bersama pasukan Red Bull KTM.
Pedro Acosta sudah menandatangani perjanjian bersama pasukan Red Bull KTM.

Enea Bastianini pula sememangnya berjiwa KTM. Bastianini tiba di kejuaraan dunia 10 tahun yang lalu (selepas menyertai Red Bull MotoGP Rookies Cup) with a KTM RC4. He telah berjaya meraih 6 kemenangan dan lebih 30 kali ke podium dalam saingan Moto3 dan Moto2 sepanjang 7 musim penuh cabaran.

Enea muncul dalam saingan MotoGP pada tahun 2021 ketika berusia 23 tahun, berjaya mencipta 5 kemenangan dan 12 kedudukan podium. Kemampuan dan gaya tunggangannya yang cukup mantap membuatkan para pelumba lain terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan pelumba hebat ini. Enea kini berada di tangga ke-4 keseluruhan dengan 114 mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.