☰
Isu Terkini

Oktober 2024

6 Julai 2025

Kawasaki Malaysia Jayakan 'Open Fleet Day' Bersama PDRM dan ATM

Kawasaki Malaysia dengan jayanya menganjurkan 'Open Fleet Day' yang mendapat kerjasama eksklusif bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada awal bertempat di Mayang Campsite, Lukut.

Hadir menyempurnakan majlis yang diadakan selama dua hari itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Roslan Roskan yang mengiringi para pegawai dari ATM antaranya, Kol Ahmad Zamberi bin Ishak (ATM), Brig Jen Dato' Saiful Bahari bin Zainol (wakil TD Infantri), Lt Kol Taufik bin Md Shaid (wakil Kor Polis Tentera DiRaja dan Akrobatik Army Red Warrior (ARW)), Kol Ahmad Zamberi bin Ishak (wakil Panglima Angkatan Tentera - PAT), Brig Jeneral Mohd Tawil bin Hj Daud (Panglima Briged Artileri Roket), Lt. Kol Ahmad Farizan bin Ismail (Grup Gerak Khas) dan ramai lagi.

Tujuan MODENAS menjemput pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa ini adalah untuk memberi peluang menguji pelbagai model lasak dari Kawasaki seperti:

1. KLX 230R: Jentera lasak bersesaran 233cc, 4-lejang. sistem penyejukan udara yang memiliki kuasa tork tinggi yang sesuai untuk mendaki dan meredah laluan trail. Sistem saspensinya yang panjang dipadankan dengan pendikit responsif memberikan rasa sporty dalam semua kedudukan gear.

2. Teryx KRX 4 1000: jentera ATV empat-tempat duduk, yang disempurnakan dengan enjin 999cc, kembar parallel berprestasi tinggi dengan kuasa 110 hp pada 8,500 rpm dan tork 75.2 lb-ft pada 7,000 rpm. Dengan kelegaan tanah yang tinggi dan casis bertegaran tinggi, Teryx KRX 4 ini mampu menjelajah pelbagai jenis laluan termasuk yang lasak.

Teryx KRX 4 1000.
Teryx KRX 4 1000.
Pihak media turut diberi peluang menunggang uji semua model-model yang dipertontonkan.
Pihak media turut diberi peluang menunggang uji semua model-model yang dipertontonkan.

Model ini juga dilengkapkan dengan penyerap hentak Show jenis-piggy dan menggunakan pacuan akhir jenis CVT.

3. Brute Force 450: ATV bersaiz sederhana yang berkuasa, tangkas dan cukup praktikal untuk digunakan di dalam kawasan yang sukar. Model ini disempurnakan dengan enjin 4-lejang,  443cc, sistem sejukan-cecair yang memang cukup mantap!

Brute Force 450.
Brute Force 450.

Model rugged ini juga dilengkapkan dengan kombo padu - sepasang brek cakera depan dan cakera tunggal bersaiz 202mm. Kelegaan tanahnya yang tinggi membolehkan jentera ini menangani setiap laluan dengan mudah. Lampu hadapannya jenis LED dan terdapat juga lampu LED yang disepadukan pada bar hendal.

4. BrutForce 750 4x4i: Disempurnakan dengan enjin 750cc, V-kembar yang ternyata lebih padu...lebih tegap. Hantaran kuasanya cukup responsif, pengendalian sporty yang memberikan nikmat 'off-road' terutama sekali ketika mendaki di trail mencabar. Antara keunikan model ini ialah sistem 4WD yang juga boleh ditukar kepada sistem 2WD.

BrutForce 750 4x4i.
BrutForce 750 4x4i.

5. MULE: Sebuah kenderaan UTV iaitu Utility Task Vehicle yang memang cukup seronok dipandu. Jentera ini menawarkan ruang tempat duduk luas (2 hingga 5 orang) yang berkemampuan tinggi untuk membawa bebanan berat seperti peralatan, barangan dan hasil ladang.

MULE.
MULE.

MULE disempurnakan dengan enjin 993cc, sistem sejukan cecair, 4-lejang yang berkuasa 23.6hp pada 3,600rpm dan tork 52.1Nm pada 2,400rpm. Memang 'fun' naik MULE ini kerana ia memang tahan lasak yang boleh digunakan untuk 'bekerja' dan menikmati masa terluang dengan aktiviti rekreasi.

6. Jetski Ultra 160LX-S: Model kenderaan Jet-ski premium yang moden, berteknologi tinggi dan responsif. Rekabentuk luaran model ini tampak agresif dan cukup garang. Terdapat 3 mod pemanduan yang sangat jelas berbeza di antara satu sama lain. Walaupun di atas permukaan air, kestabilan Ultra 160LX-S memboleh kita meluncur dengan laju pada bila-bila masa. Model ini

Antara ciri-ciri menarik ialah:

  • Mod Tunggangan
  • Smart Steering & Cruise Control
  • Panel meter 7" TFT yang terang dan mudah difahamii.
  • Sistem Smart Reverse with Deceleration (KSRD)

Terima kasih buat pihak penganjur atas kesudian menjemput para wartawan untuk hadir di majlis yang seumpama ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).