☰
Isu Terkini

Oktober 2024

17 Januari 2026

CVO Street Glide ST 2026 Lebih Garang...Lebih Moden

Harley-Davidson (H-D) memperkenalkan pelbagai model yang dikemas kini untuk tahun 2026 dan antara yang paling 'padu' ialah model CVO Street Glide ST. Model yang terkenal sebagai 'bagger Batwing' baru ini menawarkan prestasi keseluruhan yang lebih mantap lebih-lebih lagi dengan adanya 8 Mod Tunggangan (termasuk Track & Track +) yang bakal memberikan keterujaan buat para pemilik H-D ini yang ingin beraksi di litar perlumbaan.

Sistem saspensi juga dipertingkatkan untuk tunggangan lebih stabil di jalanan biasa, laluan berselekoh dan di litar. Untuk 'penjelmaan' lebih mewah, model ini juga disempurnakan dengan kemasan Karbon Bertempa. H-D CVO Street Glide ST didatangkan dengan enjin Milwaukee-Eight® 121 1,977cc yang berkuasa 127hp pada 4,900rpm dan tork 197Nm pada 4,000rpm yang dipadankan dengan sistem transmisi 6-kelajuan beserta sistem Assist & Slip.

Prestasi tunggangan yang tangkas disumbangkan oleh sistem saspensinya yang terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik (pra-beban boleh laras) dan sistem redaman. Tayar hadapan bersaiz 130/60B19 M/C 61H dan di belakang, 180/55B18 M/C 80H yang dilengkapkan dengan brek-brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 300mm (belakang) beserta sistem ABS. RR

Ciri-ciri menarik:

  • Sistem elektronik: Electronic Linked Braking (ELB), Traction Control System (TCS), Drag-torque Slip Control System (DSCS), Vehicle Hold Control (VHC), Cornering Enhanced Anti-lock Brake System (C-ABS), Sistem Audio dan Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
  • Sistem pencahayaan jenis LED

  • Panel meter TFT (12.3-inci), sistem bluetooth, sistem navigasi dan port USB
  • Isi tangki: 22.7 liter (simpanan - 3.8 liter)
  • P x L x T: 2,410 x 980 x 1,330mm
  • Tinggi pelana: 699mm

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.