☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 September 2026

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Kredit foto: chinamotorworld.com
Kredit foto: chinamotorworld.com

Kemunculan semula itu cukup menarik perhatian kerana Bultaco pernah menjadi antara nama penting dalam dunia motosikal Eropah, khususnya menerusi model-model yang berkait rapat dengan dunia perlumbaan, motocross dan trial. Ditubuhkan oleh Paco Bulto pada 1958, jenama ini terpaksa menghentikan operasi kilangnya pada 1983 sebelum beberapa usaha menghidupkan semula nama Bultaco dilakukan.

Bultaco pernah berusaha keras untuk kembali ke pasaran pada 2014 dengan memperkenalkan jentera prototaip motosikal elektrik seperti Rapitan, Brinco dan Albero. Kini, Bultaco kembali dengan pendekatan yang berbeza menerusi Rally GT 300, sebuah motosikal adventure bersesaran kecil yang dibangunkan bersama pengeluar Sepanyol, Leonart, dan dihasilkan di China.

Kredit foto: chinamotorworld.com
Kredit foto: chinamotorworld.com

Rally GT 300 disempurnakan dengan enjin satu silinder 292cc, empat injap, DOHC, sistem penyejukan cecair dengan transmisi enam kelajuan. Enjin ini menghasilkan hantaran kuasa sekitar 28 hp pada 9,500 rpm dan tork maksimum 25 Nm. Bultaco Rally GT 300 merupakan sebuah jentera yang sesuai untuk tunggangan harian, perjalanan lebuh raya serta laluan off-road ringan.

Dari segi casis pula, Rally GT 300 menggunakan rangka perimeter, fork hadapan jenis USD serta saspensi belakang monoshock. Sistem brek cakera digunakan pada kedua-dua tayar hadapan dan belakang bersama sistem ABS.

Menariknya, model baru ini didatangkan dengan tayar hadapan 19 inci dan belakang 17 inci, konfigurasi yang lazim digunakan pada motosikal adventure untuk memberikan keseimbangan antara pengendalian atas jalan raya dan kemampuan meredah permukaan lasak. Ia juga dilengkapi dengan panel meter TFT 5-inci, lampu LED serta kamera 'dashcam' beresolusi tinggi. Berat Rally GT 300 ini adalah sekitar 150 kg, ketinggian tempat duduk 883 mm dan jarak kelegaan tanah 260 mm.

Selepas Rally GT 300, Bultaco turut mengumumkan projek menghidupkan semula model pelumbaan ikonik TSS 350. Model ini merupakan motosikal litar edisi terhad yang menggunakan enjin dua lejang bersesaran 350cc. Hanya 29 unit dirancang untuk dihasilkan, dengan kuasa sekitar 60 hp dan berat hanya kira-kira 103 kg.

Bultaco TSS 35. Kredit Foto: www.visordown.com
Bultaco TSS 35. Kredit Foto: www.visordown.com

Gabungan Rally GT 300 untuk kegunaan jalan raya dan TSS 350 berorientasikan jentera litar menunjukkan bahawa kebangkitan Bultaco kali ini akan menggabungkan jentera moden dengan warisan perlumbaan yang menjadi sebahagian daripada identiti asalnya.

Bagi Bultaco, kemunculan semula ini bukan sekadar menghidupkan kembali sebuah nama legenda. Ia merupakan percubaan untuk membawa jenama yang sinonim dengan perlumbaan dan motosikal off-road ke dalam pasaran motosikal moden. RR

sumber: https://chinamotorworld.com  dan https://www.visordown.com

Popular

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Artikel berkaitan

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.