Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama. Para pencinta skuter di tanahair boleh memiliki model ini pada harga asas RM14,149.

Bagi kebanyakan penunggang, warna-warna ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar cat yang 'cetakkan'. Ia melambangkan sejarah Honda di litar perlumbaan yang menjadi kebanggaan setiap kali diletakkan di hadapan kafe atau ketika berbaris untuk menyertai konvoi di hujung minggu.


Kini, penunggang di Malaysia berpeluang menampilkan identiti sporty dan penuh semangat ini menerusi pilihan warna baharu yang disemadikan pada Honda ADV160 RoadSync. Pada masa yang sama, ia melengkapkan pilihan warna Matte Grey dan Brown yang diperkenalkan pada awal tahun ini.


Info: Honda ADV160 RoadSync dijana oleh enjin 157cc Enhanced Smart Power+ (eSP+) yang telah menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan akreditasi 5-Bintang MyMAP. Enjin tersebut menghasilkan kuasa 15.8hp pada 8,500 rpm dan tork sekitar 14.7Nm pada 6,500 rpm. Dengan adanya sistem Honda RoadSync, jentera ini boleh disambungkan dengan telefon pintar untuk membolehkan para penunggang mengakses fungsi navigasi, panggilan telefon, muzik dan notifikasi mesej secara terus pada paparan meter. RR
Popular




