Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700
Yamaha secara rasminya melancarkan skuter adventure terbaru iaitu RW750 dan RW350. JENntera berimej lasak ini menggabungkan DNA Off Road daripada siri Tenere dan pada masa yang sama menawarkan praktikaliti sebuah skuter premium.

RW700 disempurnakan dengan enjin 689cc dua silinder CP2, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 68hp dan tork 65 Nm dengan sistem pacuan rantai yang terbukti lasak.


Sistem transmisi Y-AMT adalah ciri-ciri terbaru yang membolehkan kita menggunakan kotak gear automatik/manual 6-kelajuan jenis butang pada hendal.
Untuk ketangkasan di laluan Off-Road, model baru ini dilengkapi dengan fork hadapan USD 41 mm dan penyerap hentak belakang jenis tunggal.

RW700 ini juga hadir dengan pelbagai sistem elektronik menarik seperti Mod Tunggangan termasuk mod Gravel (Explore & Explore+), Auto Cruise, Sistem ABS, Sistem Traction Control, dan Sistem Sambungan Telefon Pintar.


Setiap talaan boleh dilakukan menerusi paparan TFT 5 inci dengan navigasi Garmin, sistem Smart Key, lampu LED penuh, dan ruang bawah tempat duduk yang boleh memuatlan helmet full-face.


Selain varian standard, Yamaha turut memperkenalkan varian premium iaitu RW700 Explore yang dilengkapi suspensi boleh laras, pemanas pemegang tangan (heated grips), dan tongkat tengah.


Harga rasmi masih belum diumumkan, namun ia dijangka bakal menggegarkan pasaran skuter crossover global tidak lama lagi. RR




