☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Oktober 2026

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Rasanya ramai yang sedang nantikan bilakah skuter lasak dari VOGE akan tiba di pusat pengedar. Yes...Ini berita baik untuk semua rakan-rakan peminat skuter khususnya yang sedang menanti ketibaan VOGE SR450X.

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Penambahbaikan ini dilakukan setelah VOGE menerima maklum balas dari beberapa negara yang telah pun memasarkan SR450X.

Unit-unit CKD VOGE SR450X telah pun sampai ke Malaysia pada 10 Oktober lalu tetapi di sebabkan perkara ini, Mforce diarahkan untuk menangguhkan proses pemasangan untuk menantikan tangki baru (unit dipertingkatkan) yang dihantar menerusi perkhidmatan melalui kargo.

SR450X disempurnakan dengan enjin 398c (4-lejang, penyejukan cecair) yang menghasilkan hantaran kuasa sekitar 42hp pada 8,000 rpm dan tork 44Nm pada 5,750 rpm.

Harga asas untuk model ini ialah RM29,888. RR

Popular

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Warta Roda

    Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Artikel berkaitan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.