☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 November 2026

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM Malaysia merancang untuk membawa masuk model naked versi 2027 iaitu KTM 790 Duke 2027 ke dalam pasaran tempatan. Model ini dipamerkan di EICMA, Milan, Itali, yang merupakan antara pameran motosikal terbesar dan paling berprestij di dunia.

Untuk pasaran negara, 790.Duke sudah pun ditawarkan di Malaysia sebelum ini. Namun versi baharu ini menampilkan perubahan dan naiktaraf di beberapa bahagian.

Antara perubahan paling ketara dapat dilihat pada bahagian hadapan yang kini menggunakan lampu utama jenis LED baharu dengan rekaan lebih agresif. Rekabentuk diinspirasi daripada keluarga KTM 990 Duke dan 1390 Super Duke. Panel badan, tangki bahan api serta bahagian belakang turut diberikan sentuhan baharu bagi menghasilkan penampilan lebih kompak dan sporty. Sistem ekzos dan peredam bunyi juga menerima reka bentuk baharu.

Dari segi keselesaan dan kawalan penunggang turut diberi perhatian menerusi penggunaan hendal baharu dengan suduk dan kedudukan lebih terbuka. Kedudukan tempat pemijak kaki juga turut dikemaskini manakala bahagian pelana hadir dengan rekabentuk serba baharu. Selain itu, subkerangka belakang dan triple clamp turut direka semula bagi memberikan pengendalian lebih baik serta meningkatkan kestabilan bahagian hadapan. Dengan perubahan menyumbang kepada pengurangan berat sebanyak 2kg berbanding model sebelum ini.

KTM 790 Duke 2027 masih menggunakan enjin dua silinder selari 799cc, empat lejang, DOHC,  dengan sistem penyejukan cecair daripada keluarga LC8c. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 93.9hp pada 8,000rpm dan tork 87Nm pada 8,000rpm. Jentera ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, sistem suntikan bahan api elektronik Bosch EMS dan teknologi Ride-by-Wire (RBW).

Bagi memastikan pengendalian lebih meyakinkan, model ini menggunakan fork USD WP APEX 43mm di hadapan dengan jarak travel 150mm manakala bahagian belakang dilengkapi penyerap hentak WP APEX Monotube dengan jarak travel 170mm. Kedua-dua suspensi menawarkan pelarasan bagi membolehkan penunggang menyesuaikan tetapan mengikut keperluan tunggangan.

Sistem membrek turut menerima penambahbaikan menerusi penggunaan sistem brek WP baharu dengan cakera berkembar 300mm di hadapan. Brek belakang pula menggunakan cakera tunggal 240mm. Model ini turut menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso IV bersaiz 120/70 ZR17 di hadapan dan 180/55 ZR17 ddi belakang.

Antara kelengkapan lain termasuk ketinggian pelana 825mm, tangki bahan api 13.5 liter, berat 167kg tanpa bahan api, kelegaan bumi 186mm, jarak roda 1,475mm, paparan meter TFT 5-inci, mod tunggangan (Street, Sport & Rain), Traction Control, Cornering ABS, Supermoto ABS dan Anti-Wheelie Control.

Menariknya, KTM turut menawarkan dua piliham pakej elektronik iaitu Track Pack dan Tech Pack. Menerusi Track Pack, beberapa fungsi tambahan boleh diaktifkan termasuk Track Mode, Launch Control dan pelarasan respons pendikit (Throttle Response), pelarasan Anti-Wheelie Control dan tahap gelinciran sistem Motorcycle Traction Control (MTC). Pakej ini turut menyediakan paparan Telemetry dan Lap Timer pada skrin TFT bagi memudahkan penunggang memantau prestasi ketika berada di litar.

Bagi Tech Pack pula, pakej ini merangkumi semua ciri yang ditawarkan menerusi Track Pack dengan tambahan tiga fungsi iaitu Motor Slip Regulation (MSR), QUICKSHIFTER+ dan Cruise Control. 

Setakat ini, KTM Malaysia masih belum mengumumkan tarikh ketibaan dan harga jualan rasmi bagi versi 2027. Bagaimanapun, perancangan membawa masuk model ini pastinya dinantikan peminat KTM tempatan yang mahu melihat pembaharuan terbaharu bagi jentera dalam keluarga Duke berkenaan. RR

Popular

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Artikel berkaitan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.