Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan
EICMA 2026 - Honda memperkenalkan model serba baharu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports sebagai jentera tahun 2027. Kehadiran model ini memperluaskan lagi barisan motosikal kembara berkapasiti besar pengeluar Jepun itu.
Berbeza dengan model standard, versi Enduro Sport lebih mengfokuskan untuk tunggangan offroad namun masih kekal ciri versatil yang menjadi identiti keluarga Africa Twin. Dari segi ciri-ciri juga berbeza di mana model ini menampilkan berat yang lebih ringan berbanding versi standard, jarak kelegaan bumi yang tinggi dan suspensi telah dipertingkatkan bagi keupayaan offroad.


Antara perubahan paling penting ialah penggunaan enjin dua silinder selari berkapasiti 1,131cc baharu, berbanding 1,084cc pada generasi sebelumnya. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 117.3hp pada 7,500rpm (peningkatan sebanyak 16.5%) dan tork 119Nm pada 5,750rpm berbanding 112Nm sebelum ini. Peningkatan prestasi tersebut dicapai menerusi perubahan pada sistem laluan kemasukkan udara, throttle body lebih besar berdiameter 52mm, nisbah mampatan 12.1:1 dan komponen dalaman enjin yang diperbaharui.
Dari segi sistem transmisi, Enduro Sports ditawarkan dalam dua varian iaitu transmuisi manuak 6-kelajuan dan sistem DCT 6-kelajuan. Versi manual memberikan kawalan penukaran gear secara konvensional manakala DCT menawarkan pertukaran gear automatik atau manual menerusi suis pada hendal.


Kedua-dua varian turut dilengkapi enam mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban, Rain, Offroad dan Offroad+. Mod Offroad+ merupakan tetapan baharu yang sesuan untuk laluan lebih mencabar. Selain itu model ini turut dilengkapi sistem elektronik seperti Throttle By Wire, Honda Selectable Torque Control (HSTC) tujuh tahap, Wheelie Control dan sistem ABS yang dioptimumkan untuk kegunaan atas jalan raya serta offroad.
Honda menggunakan kerangka keluli semi-double cradle baharu bersama lengan ayun aluminium yang masing-masing menerima penambahbaikan sehingga mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 1.4kg. Kedudukan tangki bahan api tambahan di bawah pelana turut membantu merendahkan pusat graviti dan memusatkan agihan berat. Bagi versi transmisi manual, berat keseluruhan motosikal adalah 228kg manakal DCT 239kg.


Sistem transmisi pada model ini telah dipertingkatkan bagi keupayaan di laluan offroad menerusi fork hadapan Showa USD 49mm jenis closed-cartridge yang boleh dilaraskan sepenuhnya dengan jarak travel 240mm. Suspensi belakang Showa Pro-Link pula menawarkan jarak travel 230mm. Kelegaan bumi turut ditingkatkan kepada 260mm manakala ketinggian tempat duduk boleh dilaraskan antara 870mm hingga 890mm. Rim jenis jejari disaluti dengan tayar tanpa tiub bersaiz 90/90-21 di hdapan dan 150/70-18 di belakang.
Penampilan keseluruhan jentera ini turut mengambil inspirasi daripada jentera perlumbaan Honda NXR750 yang mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam perlumbaan Dakar dari 1986 hingga 1989. Bahagian hadapan menampilkan lampu LED berkembar yang lebih kompak, pelindung angin bersaiz kecil dan kedudukan fender hadapan yang tinggi. Bahagian belakang pula direka lebih ringkas bagi memberikan penampilan agresif serta mengurangkan komponen yang tidak diperlukan ketika tunggangan off-road. Kedudukan hendal turut diubah menjadi 10mm lebih sempit, 10mm lebih tinggi dan ke hadapan. Tempat pemijak kaki pula dialihkan 20mm ke dalam serta 10mm ke belakang bagi meningkatkan kawalan ketika menunggang dalam posisi berdiri. Sementara itu, saiz tangki bahan apinya juga cukup besar iaitu 18.8 liter.


Antara kelengkapan yang ada seperti paparan info 5.7 inci yang digabungkan dengan skrin TFT boleh sentuh berwarna 7-inci. Sistem ini menawarkan paparan khas off-road bersama fungsi kompas, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar. Tempoh permulaan sistem paparan juga dipendekkan sekitar 70 peratus kepada hanya lima saat. Kemudahan lain termasuk soket USB Type-C, suis kawalan bar hendal sebelah kiri berlampu, Honda SMART Key, Cruise Control, pelindung tangan dan Emergency Stop Signal (ESS). Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports 2027 akan ditawarkan dalam warna eksklusif Extreme Red. Dari segi harga masih belum diumumkan. RR






