☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 November 2026

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe Serdang kini dibuka secara rasmi sebagai pusat pameran eksklusif yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada rangkaian motosikal berkuasa tinggi keluaran Yamaha.

Pusat pameran ini menampilkan ruang yang luas dan selesa dengan keluasan merangkumi tiga lot rumah kedai. Kehadirannya dijangka menjadi destinasi baharu buat peminat Yamaha terutama buat mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat pelbagai pilihan motosikal dalam segmen berkuasa tinggi dari 250cc hingga 1000cc.

Selain ruang pameran, Yamaha Blu Universe Serdang turut menyediakan kemudahan servis dengan lima unit lif motosikal bagi menyokong kerja-kerja penyelenggaraan dan servis. Kemudahan ini memberikan nilai tambah kepada pelanggan yang mahukan perkhidmatan selepas jualan di bawah satu bumbung.

Menariknya, tingkat atas premis ini turut menempatkan ruang jualan pelbagai aksesori dan kelengkapan penunggang motosikal. Antara produk yang ditawarkan termasuk pakaian tunggangan, sarung tangan, beg, helmet, kotak barangan, seluar serta kasut untuk penunggang.

Pembukaan Yamaha Blu Universe Serdang memperlihatkan usaha memperluaskan pengalaman pemilikan motosikal Yamaha menerusi konsep pusat sehenti yang menggabungkan ruang pameran, kemudahan servis dan jualan kelengkapan penunggang. Yamaha Blu Universe terletak di alamat Lot 8, 10, 12, Jalan 6/11, Kawasan Perusahaan Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. RR

Popular

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

  • Warta Roda

    Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

  • Model Baru

    CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Artikel berkaitan

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.