☰
Isu Terkini

Oktober 2024

15 Mei 2017

Modenas Kriss MR2 Kini Lebih Menarik

Demi memberikan sebuah produk yang mampu milik Modenas Kriss MR1 telah dilancarkan pada 2011 dan dengan harga jualan di bawah RM3,000, ia terbukti menepati sasaran dengan jumlah penjualan mencecah kepada 150,000 unit. Pada 6 April lalu, jentera serba baru yang telah diberi sentuhan lebih baik diperkenalkan iaitu Modenas Kriss MR2.

Dari kiri: En. Wee Hong, Dato’ Abdul Harith Abdullah dan En. Amirudin melancarkan Modenas Kriss MR2.
Dari kiri: En. Wee Hong, Dato’ Abdul Harith Abdullah dan En. Amirudin melancarkan Modenas Kriss MR2.

Jentera moped baru ini bersesaran 110cc dan memenuhi piawaian Euro3. Ia dilengkapi dengan transmisi empat kelajuan yang menawarkan kuasa 6.2kW pada 7,500 rpm. Jika dibandingkan dengan model terdahulu, MR2 mempunyai rupa paras lebih moden dan sporty yang dapat kita lihat menerusi rekaan lampu hadapan dan belakang. Walaupun ia adalah sebuah jentera moped, ruang simpanan bawah pelana yang bersaiz 6.6 liter memang satu lagi ciri menarik yang ditawarkan oleh Modenas ini.

“Kami percaya model ini mampu menepati citarasa semua golongan pengguna dengan kualiti yang setanding harga yang ditawarkan. Rekabentuknya aerodinamik, bergaya serta pengendaliannya yang dinamik. Pastinya pengguna-pengguna di bandaraya memerlukan kestabilan dan kawalan bagi tunggangan dalam bandar,” kata Dato' Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Operasi Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejuruteraan DRB Hicom.

Menurut En. Amirudin Abd Kadir, CEO Modenas, pihaknya menyasarkan untuk mencapai jualan keseluruhan sebanyak 60,000 unit dalam pasaran tempatan menjelang akhir tahun ini. Modenas juga telah berjaya meningkatkan kecekapan teknikal pembuatannya bagi memastikan kos operasi yang mininum dalam pembangunan Kriss MR2 ini.

MR2 merupakan kombinasi dua konsep warna di antara Sand White dengan Celebration Red serta Strike Blue dan Canary Yellow. Ia dijual pada harga asas tidak termasuk GST, RM3,890. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.