Isu Terkini

Oktober 2024

8 Julai 2020

Shell Advance Berazam Bangkitkan Semangat Penunggang dan Mekanik Menerusi Kempen #ATASISEGALANYA

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan lalu telah menjejaskan mata pencarian begitu ramai rakyat Malaysia, termasuklah mereka yang bergantung kepada dunia motosikal sebagai sumber pendapatan harian. Kini, Malaysia berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan industri mula beroperasi dan masyarakat mula menyesuaikan kehidupan harian dengan norma baru.

Terbaru, Shell membawakan kempen tiga penjuru #AtasiSegalanya yang diharapkan dapat membangkit semangat para penunggang dan mekanik motosikal.

Minyak Shell Advance Percuma: Sebagai permulaan kempen #AtasiSegalanya bagi tahun 2020, Shell Advance akan memberikan 500 botol minyak enjin separa sintetik Shell Advance AX7 secara percuma kepada pemilik motosikal dengan tujuan untuk mengurangkan beban penunggang motosikal di Malaysia.

Mulai 26 Jun hingga 11 Julai 2020, para penunggang hanya perlu melayari: https://www.shell.com.my/motorists/oils-lubricants/win-free-shell-advance-motorcyle-oil.html, Jawab Soalan Mudah dengan betul untuk berpeluang mendapatkan pek Shell Advance AX7 1 liter secara percuma. Shell Advance AX7 dihasilkan khusus untuk meningkatkan ekonomi bahan api dan mengurangkan kos penyelenggaraan dengan memaksimumkan jarak perjalanan motosikal sehingga 36km bagi setiap isian tangki penuh.

Salah seorang mekanik menerima Sijil Shell Advance Masterclass 2019 daripada Pengarah Urusan Shell Msia, En. Shairan Huzani Husain (dua dari kiri).

Duta Jenama Shell Advance, Sdr Fattah Amin bergaya dengan bandana percuma dengan setiap pembelian Shell Advance AX7.
Duta Jenama Shell Advance, Sdr Fattah Amin bergaya dengan bandana percuma dengan setiap pembelian Shell Advance AX7.

Bandana percuma dengan pembelian Shell Advance AX7: Dalam usaha membangkitkan semangat penunggang untuk mengatasi segala cabaran dan halangan yang dihadapi, setiap pembelian pek 1 liter minyak enjin separa sintetik Shell Advance AX7 dari bengkel-bengkel yang mengambil bahagian kini dihadiahkan dengan bandana yang bergaya secara percuma, sementara stok masih ada.

Shell Advance Masterclass bersedia untuk meningkatkan kemahiran 2,000 mekanik motosikal dalam tahun 2020: Sementara itu, dengan pembukaan semula bengkel-bengkel motosikal, lebih daripada 2,000 mekanik motosikal tempatan akan mendapat manfaat daripada program latihan Shell Advance Masterclass.

Para mekanik dari Malaysia bekerjasama  dalam penganjuran 2019 Shell Advance Masterclass Global Finale.
Para mekanik dari Malaysia bekerjasama dalam penganjuran 2019 Shell Advance Masterclass Global Finale.

Program Shell Advance Masterclass kini dalam tahun keempat penganjurannya, merupakan inisiatif pembelajaran dan pensijilan unik yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mekanik motosikal dan pemilik bengkel.

Program Shell Advance Masterclass terdiri daripada siri video dalam talian yang dihasilkan dengan kerjasama En. Jeff Oh, pakar mekanik MotoGP untuk memberi bimbingan, perkongsian ilmu dan panduan pakar mengenai cara penyenggaraan motosikal yang betul.

“Para mekanik mempunyai peranan yang begitu penting dalam meningkatkan nama Shell Advance sebagai jenama minyak enjin motosikal nombor satu di kalangan penunggang motosikal di Malaysia. Kami berharap program Shell Advance Masterclass ini dapat membantu memberikan pengiktirafan kepada mekanik tempatan atas kemahiran mereka seterusnya membakar semangat mereka untuk meredah apa jua cabaran demi masa depan yang lebih baik,” kata Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance, sila layari http://www.shell.com.my/advance.

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.