☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2026

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Selepas diperkenalkan pada bulan Mei lalu di MAEPS, Serdang sempena Malaysia Bike Show menerusi Mforce MotoXperience 2026, Voge DS800X Rally secara rasminya mendarat ke pasaran negara. Model berkonsepkan adventure rally ini ditawarkan pada harga asas bermula RM39,888 (tanpa cukai jalan & insurans).

Model ini dikuasakan bersama enjin 798cc, 2 silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 94hp pada 9,000rpm dan tork 8Nm pada 6,500rpm. DS800X Rally turut dilengkapi transmisi 6-kelajuan dengan pacuan akhir jenis rantai serta sistem slipper clutch. Terdapat juga dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport.

Dari segi suspensi, bahagian hadapan jenis teleskopik USD boleh dilaras manakala belakang disempurnakan dengan penyerap hentak tunggal yang juga boleh dilaras. Sistem brek cakera terdiri dari cakera berkembar 310mm untuk roda hadapan dan cakera tunggal 240mm di belakang. Turut terdapat sistem ABS dua saluran yang boleh dimatikan.

Sebagai sebuah jentera yang juga sesuai untuk tunggangan lasak, DS800X Rally didatangkan dengan rim-rim jenis jejari bersama tayar hadapan bersaiz 90/90-R21 dan belakang 150/70-R18. Ketinggian pelana ditetapkan pada 850mm manakala kelegaan tanah sekitar 220mm yang sangat sesuai untuk laluan tidak berturap.

Antara kelengkalan lain seperti lampu-lampu LED, paparan meter TFT 7-inci, berat kering 213kg, tangki bahan api 24 liter, traction control, TPMS, pemanas pendikit serta pelana, damper boleh laras dan kamera dashcam di hadapan.

Voge DS800X Rally hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Onyx Black, Zenith White dan Flash Yellow. Setiap pembelian model ini disertakan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu) bagi perlindungan komprehensif. Sekiranya jarak perjalanan melebihi 20,000km dalam tempoh dua tahun, komponen enjin masih dilindungi menerusi waranti perjalanan tanpa had untuk baki tempoh waranti yang berkenaan. RR

Popular

  • Warta Roda

    Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

  • Warta Roda

    Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

  • Warta Roda

    Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

Artikel berkaitan

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Dari Litar

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino