Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 23 Mei 2025

Pirelli Diablo Supercorsa SP V4 - Sesuai Untuk Litar & Jalanan Biasa

Bagi para pencinta jentera berkuasa tinggi, tayar Pirelli merupakan antara yang sering menjadi pilihan. Ya...terdapat pelbagai model dan versi tayar jenama ini yang dihasilkan untuk kesesuaian semua jenis motosikal.

Kalau kita fokus kepada para pemilik jentera berprestasi tinggi seperti superbike, supersport, streebike pula, nikmat bermotosikal dikecapi melalui keupayaan untuk meratah setiap selekoh dengan pantas dan meyakinkan. Untuk itu, antara tayar yang sering menjadi pilihan ialah Pirelli Diablo Supercorsa SC1, SC2 dan SC3. Ketiga-tiga ini memiliki kompaun yang berbeza, setiap satu direka untuk keadaan litar dan gaya tunggangan tertentu.

Secara ringkasnya: Pirelli Diablo Supercorsa

  • SC1: Paling lembut, terbaik untuk memaksimumkan cengkaman dengan cepat walaupun dalam keadaan sejuk.
  • SC2: Di tengah-tengah, sesuai untuk pelbagai keadaan dan gaya tunggangan.
  • SC3: Yang paling keras, terbaik untuk litar, trackday, dan tayar ini cukup versatil.

Ketiga-tayar ini hakikatnya direka untuk kegunaan di litar tetapi ramai dikalangan peminat 'selekoh' yang memakai tayar ini di jalanan biasa dan prestasinya memang padu.

Kini, Pirelli telah memperkenalkan siri terkini iaitu Diablo Supercorsa SP, direka untuk litar dan lebih sesuai di jalanan biasa. 

Untuk merasakan perbezaan antara kedua-dua SC2 dan SP, RR telah diberi peluang untuk menguji tahap cengkaman kedua-dua tayar tersebut di Litar Antarabangsa Sepang. Dua unit Honda CBR600RR telah disediakan. 

Ujian awal pada model SP, tetapi diuji pula dengan hujan yang agak lebat kira-kira 30 minit sebelum kami sempat ke litar.

Mujurlah tidak lama kemudian, litar 'bercahaya' semula dan dapatlah jentera ujian, Honda CBR600RR (Tayar SP) dihidupkan dan terus ke litar.

Walaupun banyak bahagian litar yang masih basah, tahap cengkaman Pirelli Diablo Supercorsa SP V4 ini cukup mengagumkan. Sedikit demi sedikit saya dapat tingkatkan kelajuan (mengikut tahap kemampuan sendiri).

Mengagumkan .... Secara peribadi, saya tidakblangsung berasa was-was untuk mendapatkan 'line' dengan baik walaupun di atas permukaan yang tidak 100% kering.

Itulah yang telah dikongsikan oleh pihak Pirelli sebelum saya turun ke litar. Supercorsa SP cepat panas untuk lebih cengkaman dan memberikan jangka hayat yang lebih lama.

Mengapa? Struktur tayar ini diambil daripada profil yang diperoleh daripada tayar perlumbaan World Superbike Pirelli termasuklah penggunaan bahan yang sama seperti slicks tetapi dioptimumkan untuk kestabilan yang lebih baik yang diperlukan di jalan raya.

Kompaun di bahagian sisi SP direka dengan lebih baik untuk kesesuaian tekanan yang berbeza jalan raya dan tekanan litar lumba. Padu!

Selepas 4 lap dengan SP, saya memanjat pula ke atas sebuah lagi Honda CBR600RR, kali ini menggunakan tayar SC2 pula. Litar yang 95% kering memberikan keseronokan, prestasi enjin dan sistem brek jentera yang ditunggang dapat dirasakan dengan sepenuhnya.

Dengan SC, saya dapat menyempurnakan 5 lap di SIC dengan sebaiknya, terima kasih buat Pirelli.

Supercorsa SP kini telah pun berada di pasaran negara. Kunjungi pusat pengedar Pirelli yang berdekatan dengan anda untuk melihat dan mendapatkan sebut harga.

Tayar baru ini hadir.dalam tiga saiz berbeza iaitu 120/70-17, 190/55-17 dan 200/60-17. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.

Pandu Uji

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Honda memperkenalkan teknologi E-Clutch yang merupakan satu sistem agak kedengaran asing bagi sesetengah penunggang terutama untuk jentera supersport.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.