☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Oktober 2026

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport, CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

CBR500R FOUR baru ini tampil dengan rekabentuk luaran yang cukup sporty, garang dan tangkas. Bahagian hadapan 'gaya tajam' memang sesuai dengan mereka yang berjiwa kelajuan. Lampu utama jenis LED bukan sahaja direka kemas dan moden malah menjanjikan suluhan yang cukup tajam. Bahagian sisi dikemaskan dengan rekabentuk enjin yang kompak, fairing gaya perlumbaan dan rekabentuk ekzos yang padu.

Posisi menunggang tidak begitu menunduk, memboleh CBR ini juga sesuai untuk tunggangan harian.  Paling utama ialah pada 'jantungnya yang disempurnakan dengan enjin 502cc, 4 silinder sebaris, DOHC, sistem penyejuk cecair yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 72hp dan tork 47.4Nm.

Antara ciri-ciri elektronik yang terdapat pada model terdiri daripada sistem E-Clutch, sistem Throttle By Wire (TBW), Mod Tunggang (Standard, Sport, Urban & User) dan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Honda RoadSync yang semuanya boleh ditala dengan mudah menerusi paparan TFT 5-inci.

Honda melengkapkan CBR500R FOUR dengan fork hadapan jenis USD (KYB), dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis Pro Link dan lengan ayun aluminium. Tayar hadapan bersaiz 120/70-ZR17 dan di belakang pula 160/60-ZR17 yang keduanya dikawal oleh brek-brek jenis cakera.

PIhak Honda menegaskan sistem E-Clutch menawarkan pengalaman menunggang yang lebih lancar dan pantas dengan proses penukaran gear lebih baik berbanding sistem Quick Shifter lebih-lebih lagi di kawasan urban dan ketika kelajuan rendah.

Kerangka baru jenis keluli gaya-berlian bukan sahaja mengurangkan berat keseluruhan tetapi juga menjadikan pengendalian lebih mudah, tangkas dan mudah dijangka. Tinggi pelana yang hanya 780mm membolehkan jentera ini boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja, termasuk penunggang wanita.

Kita harap pihak Boon Siew Honda akan segera membawa masuk model ini kerana kami pasti ramai peminat jentera sport yang menanti ketibaan model CBR500R FOUR ini. RR

Popular

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Warta Roda

    Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

  • Model Baru

    BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Artikel berkaitan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.