Isu Terkini

Disember 2023

Kembara / 21 November 2023

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Kami menerjah sebuah negeri yang sememangnya terkenal dengan gunungnya di mata dunia. Tapi misi kembara kami kali ini lebih mendalam kerana bukan gunung tersebut yang ingin kami tawan tetapi negerinya. Pasti semua telah biasa mendengar jika di Thailand, mereka 'power' dengan 1,000 Cornernya, di Indonesia pula terkenal dengan konvoi Gunung Bromo manakala Ha Giang “Loop” di Vietnam tawarkan pemandangan yang benar-benar luar biasa.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... Ya, negeri kita Sabah sebenarnya mempunyai perjalanan kembara yang tidak kurang menariknya, sangat mencabar, memenatkan tetapi memberikan kenangan yang cukup indah. Sayang sekali, masih ramai di antara kita yang jarang menghargainya.

Perjalanan akan bermula dari Kota Kinabalu (KK) menuju ke Kudat yang dikenali dengan Tip of Borneo, dan terus ke Kundasang, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Keningau dan kembali ke Kota Kinabalu. Jika dilihat dari peta, ianya seolah-olah satu bulatan atau “loop” yang mengelilingi Sabah.

Hari Pertama: Tepat jam 3.00 petang, 28 Mei 2023, kami berkumpul di hotel Promenade untuk mengambil jentera kami iaitu Royal Enfield Himalayan 411cc (3 buah), KTM 250cc Adventure dan BMW G310GS. Kesemuanya bersedia untuk menempuh sebuah “Epic Journey” yang bakal mengambil masa 7 hari dengan jarak perjalanan di jangka
melebihi 2,000 kilometer.

Di samping itu kami bakal menjelajah bandar-bandar dan beberapa lokasi utama di seluruh Sabah yang eksotik ini. Team kami yang merupakan rider-rider yang memiliki berbagai pengalaman dan latar belakang dan turut dibantu oleh backup-car yang juga bertugas sebagai videographer dan kamera lensa di sepanjang kembara ini.

Barulah macam artis dan selebriti dan berharap dapat membuatkan Sabah 360 Ride ini lebih dikenali. Destinasi pada hari ini ialah Kokol Heaven Resort terletak di luar bandar Kota Kinabalu dan jalannya juga agak mendaki, memberikan gaya “a short ride” ala 1,000 Corner tu.

Seperti biasa, setiap mengembara, kami telah bersedia secara fizikal, mental dan memastikan segala kelengkapan keselamatan sudah sedia maklum. Helmet, jaket, sarung tangan, kasut, topeng muka, cermin mata dan segalanya hendaklah dalam keadaan tip-top.

Dalam pukul 8.00 malam kami sampai di Kokol Heaven Resort yang jaraknya agak dekat iaitu sekitar 20km sahaja dari KK. Di sini kami bermalam dan berehat kerana esok akan bermulanya kembara Sabah 360 Ride ini.

Hari Kedua: Sasaran kami hari ini adalah menuju ke Kudat yang terletak lebih kurang 180km dari KK. Dengan jentera kami yang mampu diisi dengan 15 liter petrol, maka tiada masalah untuk jarak itu. Kami tetap akan berhenti singgah juga untuk menikmati lokasi-lokasi yang menarik.

Hari ini kami memilih jalan kampung yang mencabar, ia seperti laluan offroad yang sejauh 6 km melalui Kampung Tombongan. Selepas melepasi kampung dalaman itu kami singgah di Jambatan Tamparuli. Tamparuli merupakan sebuah pekan kecil di Tuaran, Pantai Barat Sabah. Jambatan Gantung Tamparuli yang sepanjang 200 meter ini terkenal dengan lagu rakyat Kadazandusun (suku kaum pribumi terbesar Sabah). Ia juga dikenali sebagai Jambatan Kekasih kerana kisah cinta yang patah hati. Tapi itu hanya lagenda, tak perlu patah hati atau patah
apa-apa di sini kerana kita rider perlu terus menjelajah dengan hati yang tenang dan gembira.

Setelah minum, berdansa bersama petugas “tourism” di jambatan tersebut kami meneruskan perjalanan dan menuju ke Kota Belud untuk solat dan makan tengahari. Sempat kami merasakan keenakan masakan tempatan iaitu Coto Makassar Daging/Ayam/Tulang dan aiskrim Gula Apong.

Nak tahu apa itu Coto? Kenalah datang ke sini ya. Kami bergerak ke kawasan sawah di Sangkhir, Kota Belud untuk menikmati suasana indah terbentang luas berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam penuh kemegahan.

Di sini juga kami membuat pengambaran video yang boleh anda semua saksikan di saluran Youtube beralamat: BK Adventure yang mana keseluruhan perjalanan Sabah 360 Ride di post di sini. Pembaca dapat melihat dan alami dengan lebih jelas perjalanan kami.

Setelah selesai di Sangkhir, kami bergerak kembali menuju ke Kudat yang berbaki 50km untuk diselesaikan. Perjalanan ini agak mencabar juga kerana ianya merupakan 'trunk road' yang kadang-kadang terdapat kerosakan. Namum begitu kami selamat tiba di bandar Kudat dan terus menuju ke Kudat Esplanade / Waterfront yang terkenal untuk menjamu selera terutamanya makanan laut.

Apa yang terkenal di Kudat ini? Ianya terletak di Tip of Borneo (Hujung Borneo) yang berada di Tanjung Simpang Mengayau. Ia adalah hujung paling utara Borneo yang terletak di Daerah Kudat, menandakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Kami pekena makanan laut sebelum bergerak ke Tommy Place Resort untuk bermalam. Perjalanan ini lebih kurang 20km dari bandar Kudat dan melaluinya pada waktu malam juga memerlukan tumpuan kerana ia adalah jalan kampung. Angin yang kuat dari laut dan bau air masin jelas dapat dirasa.

Hari Ketiga: Selamat Pagi hujung Borneo! Kami bangun tidur sambil disajikan dengan suasana indah di pantai Tanjung Simpang Mengayau ini. Tak sabar untuk pergi ke mercu tanda ‘Tip of Borneo’ yang memang diidami oleh para pelancong sebagai check list yang perlu dibuat jika datang ke Sabah. Lebih kurang jam 10 pagi kami sampai dan terdapat kawan-kawan motor lain juga sudah berada di situ. Selain itu, para pelancong dari luar negara juga mula sampai menaiki bas-bas pelancongan. Wow! Dari China pun ada.

Sempat kami berkenalan dan bergambar dengan geng motor dari Klang yang menyewa motor lebih kecil cc nya. Cabaran yang mereka hadapi adalah perlu banyak kali berhenti untuk mengisi bahan api dan dinasihatkan agar membawa botol untuk simpanan minyak.

Kudat ke Kundasang sejauh 119 km yang mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Ride hari ini bermula dari tanah rendah kawasan pantai menuju ke tanah tinggi banjaran Kinabalu. Dengan tunggangan berhemah, kami mendaki laluan jalan raya menuju ke Gunung Kinabalu dengan cukup lancar.

Destinasi terakhir adalah di Celyn Resort Kinabalu. Syukur, kami selamat sampai lebih kurang jam 5.30 petang selepas meredah trafik yang sudah mula sibuk dengan kenderaan lain. Skill memotong dan mencelah adalah amat penting di sini.

Tempat kami bermalam hari ini berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang indah dan menawan. Okay, sampai waktu untuk berehat dan mengumpul tenaga bagi meneruskan perjalanan kami ketika ini hanya baru 30% dari keseluruhan Sabah 360 Ride.

Nota: Untuk rider di luar sana - Jangan tinggalkan minuman tin di dalam box kerana air isotonik milik salah seorang rider kami 'terbocor' akibat tahap goncangan dan suhu yang tinggi. Tin yang melompat-lompat 'keseronokan' menyebabkannya telah “burst” dengan rela hati. Habis basah kain pelikat dan pakaian yang lain.

Hari Keempat: Semangat! Perjalanan hari ini perlukan dedikasi dan semangat tinggi kerana jarak yang bakal kami tempuh lebih kurang 240km melalui jalan dalaman yang berliku-liku. Kami akan menyusuri laluan mencabar dari Kundasang ke Sandakan melalui pekan Telupid, dan Sungai Kinabatangan (kedua terpanjang di Malaysia yang sejauh 560 km.

Sungai ini dinamakan Kinabatangan sebenarnya berasal daripada perkataan suku kaum Sungai iaitu ‘Cina Batangan’ yang bererti ‘Sungai Cina’. Berdasarkan sejarah daerah Kinabatangan, seorang pengembara daripada kerabat maharaja China telah memulakan pengembaraannya bermula dari tanah besar China hingga ke laut Sulu dan seterusnya sampai ke kawasan Kuala Sungai Kinabatangan pada kurun ke-16.

Di samping kenderaan-kenderaan berat dan ringan yang lain, fokus setiap penunggang perlu tinggi kerana keadaan jalan yang sukar dan juga jalan dua hala yang sempit dan rapat. Kami singgah dulu di kaki gunung Kinabalu iaitu Desa Dairy Farm Kinabalu. Hari itu memang penuh dengan pelancong dari seluruh negara terutamanya dari Semenanjung. Dapatlah kami merasa keenakan susu segar dan pemandangan indah kaki gunung yang disegarkan pula oleh bayu angin banjaran Kinabalu. Hati kami bertambah seronok apabila bertemu dengan rakan-rakan motor lain di tempat pusat pelancongan begini. Kita rider tiada beza.

Setibanya kami di Telupid, kami menjamu selera dengan masakan tengahari di sebuah restoran tempatan. Ini juga masanya untuk berehat sambil menceritakan pengalaman masing-masing. Dalam sebuah konvoi, sifat saling 'check-mengecheck' sesama rider amatlah penting dan sangat berfaedah. Ye lah, masing-masing ada pengalaman berbeza-beza dan kekuatan masing-masing, apabila disatukan akan terhasil satu perjalanan bersama yang akan dikenang selamanya.

Kita bukan nak race dan mengejar waktu. Kita nak rasakan nikmat tunggang jentera dan menyerap suasana sekeliling. Ibarat menonton 'movie' yang akan berulang-ulang di minda kita apabila pulang nanti.

Destinasi untuk hari ini adalah Sandakan yang merupakan salah sebuah bandaraya utama di Sabah dan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang maju dan makmur dengan penduduk berjumlah lebih kurang setengah juta. Bangsa Bajau, Suluk dan Cina dominan di bandar ini.

Salah satu tempat pelancongan yang popular di sini adalah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok di Hutan Simpan Sepilok, 24 km dari pusat bandar. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesis orang utan yang semakin pupus di dunia ini. Kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan ke sini. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah dan pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan amat penting dan bertepatan sekali. Tepat pada pukul 6.10 petang… kami tiba di Sandakan untuk bermalam di Hotel Livingston. RR

Bersambung….

Zack Ahmad

Untuk sewaan motor, boleh hubungi:
BK Borneo Adventure menerusi (whatsapp): 0197978877
Facebook/Youtube: BK BORNEO ADVENTURE

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Warta Produk

    GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

  • Dari Litar

    Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

  • Warta Roda

    Ducati Riding Experience (DRE) Road Academy: Tingkatkan Kemahiran Penunggang

  • Dari Litar

    Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

  • Model Baru

    Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X Masuki Pasaran Negara

Artikel berkaitan

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Kembara Epik ke Lebuhraya Karakoram

Ride & Camp - Round 360 Sabah

Kembara Royal Alloy GP180 ke Betong

Konvoi Honda Klasik 1000KM Dari Kuala Terengganu Ke Hatyai

Projek Menawan 5 Puncak Bersama Vexcom

Disyorkan untuk anda
Warta Produk

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-30 penubuhan GIVI Asia, pengeluar aksesori terkemuka itu telah melancarkan kotak simpanan aluminium terbaharu iaitu “THE MATTERHORN MONOLOCK TOP CASE”.

Warta Roda

Ducati Riding Experience (DRE) Road Academy: Tingkatkan Kemahiran Penunggang

Ducati Riding Experience (DRE) kembali untuk tahun ini menerusi sesi Road Academy yang diadakan di Gemuda Gardens, Rawang. Penganjuran ini ditawarkan oleh Ducati Malaysia untuk semua penunggang dan peminat dua roda tanpa mengira jenis motosikal.

Dari Litar

Qabil Irfan Sedia Mencipta Rekod Dalam Moto4 di Jerez

Saingan Kejuaraan Superbike Sepanyol membuka tirainya pada 5hb - 7hb April di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Model Baru

Honda CB1300 SuperFour SP & Super Bol D'or SP 2024 - Tetap Dengan Gaya Retro!

Untuk tahun 2024, Honda Japan mengembalikan nostalgia dengan melancarkan Honda CB1300 SuperFour (SF) dan Super Bol D'Or yang memiliki rupa paras cukup anggun dan spesifikasi enjin yang mantap.