☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2019

Vespa Primavera Edisi Ulang Tahun ke-50

Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Vespa telah melancarkan Edisi Ulang Tahun Primavera ke-50 yang merupakan satu siri istimewa dikeluarkan oleh Piaggio sempena meraikan kehadiran model Primavera di pasaran dunia sejak pada tahun 1968 lagi. Ya... 50 tahun yang lalu. Primavera adalah model lagenda yang merupakan antara model Vespa paling popular pernah dilahirkan. Ia adalah sebuah mesin yang lancar, lincah, mempunyai personaliti tersendiri dan inovatif.

Majlis pelancaran model istimewa ini telah disempurnakan oleh COO Naza Premira Sdn Bhd, En. Farouk Faisal sambil ditemani oleh lagenda rock tanahair, Amy Search. Model terbaru ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang generasi terkini, 150cc yang memiliki prestasi tinggi serta penjimatan bahan api optimum. Gaya menarik Vespa Primavera ini datang dari rekabentuk keseluruhannya seperti lampu jenis LED, rim 12 inci, beberapa bahagian dengan kemasan krom, teknologi elektronik anti-kecurian dan kualiti pembuatan yang tinggi.

Antara spesifikasi menarik Vespa Primavera ini ialah enjin berkuasa 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500rpm dengan sistem transmisi CVT yang cukup tangkas. Untuk tunggangan lincah, Vespa ini disempurnakan dengan tayar-tayar bersaiz 110/70-12 (depan) dan 120/70-12 di bahagian belakang. Dengan penggunaan sistem suntikan bahan api elektronik, jentera dengan isi tangki tujuh liter ini memastikan pemiliknya mendapat kadar jarak yang memuaskan hati.

Model baru ini didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Light Blue dan Coklat (kemasan matte) pada harga atas jalan RM16,300 tanpa insurans. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.