☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Jun 2021

Triumph Speed Twin 2021 Sedia Untuk Tempahan. Harga dari RM77,900

Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah mengumumkan harga penjualan untuk rangkaian jentera klasik moden terbaru iaitu Triumph Speed Twin 2021 yang bermula dari RM77,900 (warna Jet Black) manakala penambahan RM1,000 untuk mereka yang inginkan skima warna metalik premium.

Model baru ini hadir dengan enjin 1200cc, kembar parallel, SOHC, sistem penyejuk cecair, Euro 5 yang berkuasa 98.6 hp pada 7,250rpm dan tork 112Nm pada 4,250Nm. Pengendalian jentera yang mantap datangnya dari sistem saspensi cukup cemerlang. Bahagian hadapan dikawal oleh fork USD jenis Marzocchi berdiameter 43mm yang dibantu oleh penyerap hentak kembar pra-beban boleh laras.

Sejajar dengan pelancaran model tersebut di pasaran Malaysia, satu pakej tempahan awal juga diperkenalkan buat para pelanggan yang membuat tempahan sehingga 15 Julai 2021 yang melayakkan mereka menerima servis minyak pelincir percuma sebanyak dua kali serta diskaun sebanyak 35% untuk pembelian aksesori Triumph yang tulen.

Tawaran yang cukup menarik!
Tawaran yang cukup menarik!

Selain daripada itu, mereka juga boleh memilih di antara tiga pakej aksesori Triumph dengan percuma. Pakej-pakej ini terdiri daripada produk-produk pelindung dan penambahan gaya yang bernilai lebih daripada RM 4,000 secara keseluruhannya.

Model Speed Twin 2021 telah menerima perubahan besar untuk tahun model baru. Dengan enjin, casis dan elektronik yang dikemas kini hampir sama dengan model ikonik, Triumph Thruxton R tetapi memiliki ciri-ciri tunggangan yang lebih santai dan praktikal.

Selain daripada Triumph Speed Twin, Fast Bikes Sdn. Bhd. juga mengumumkan satu promosi khas untuk barisan Triumph Tiger 900 yang merangkumi model Tiger 900 GT Pro, Tiger 900 GT, Tiger 900 Rally Pro dan Tiger 900 Rally.

Para pembeli model ini akan mendapat tiga hadiah eksklusif iaitu pad tangki minyak, kotak simpanan barang 52 liter dan tapak kotak barang. Harga jualan untuk Tiger 900 bermula daripada RM 74,900 dan pakej yang ditawarkan itu khas untuk tempahan yang dibuat di dalam bulan Jun 2021 dan pendaftaran motosikal yang berjaya sehingga penghujung bulan Julai ini. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.