☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 September 2021

Honda CB500X 2022 dilancarkan di Eropah

Honda CB500X merupakan antara model paling popular dan paling mendapat sambutan oleh peminat motosikal di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Ia cantik, jimat, selesa, mudah diselenggara dan tahan lasak. Model yang dilancarkan pada tahun 2013 ini memang antara motosikal yang cukup berbaloi untuk dimiliki.

Selepas hampir sedekad di pasaran, model terbaru CB500X dilengkapkan dengan saspensi hadapan jenis terbalik (USD) yang berkualiti tinggi dan termasuklah penambahbaikan di beberapa tempat seperti sistem brek cakera dengan angkup Nissin, lengan ayun lebih ringan, rim hadapan rekaan baru dan bahagian enjin.

Enjin CB500X ini telah disempurnakan dengan radiator baru lebih ringan, penalaan sistem suntikan bahan api PGM-Fi, sistem Assist/Slipper Clutch dan berhomologasi Euro 5. Omboh juga direka dengan teliti untuk mengurangan tahap getaran serta bunyi bising dalamputaran RPM tinggi. Enjin 471cc ini mampu menjanakan kuasa setinggi 35Kw pada 8,600rpm dan tork 43Nm pada 6,500rpm.

Lampu utamamya juga direka semula agar memberi pencahayaan yang lebih baik. Pakej saspensi depan, saspensi belakang dan kerangka diamond-tube mantap menawarkan pengendalian yang tepat dan meyakinkan. Untuk keselesaan penunggangnya, CB500X turut dilengkapi dengan cermin pengadang udara dua ketinggian manakala pelananya yang ramping membolehkan penunggang bergerak dengan selesa.

Model CB500X 22 didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu Grand Prix Red, Matt Gunpowder Black Metallic dan Pearl Organic Green.

Menurut pihak Boon Siew Honda, kehadiran model ini ke pasaran negara akan diberitahu kelak. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).