☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 September 2021

Modenas Dominar D400 - Serba Baru

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan sebuah jentera Sport Tourer yang serba baru iaitu Modenas Dominar D400. Jentera ini telah dinaiktaraf dari segi peningkatan teknikal serta dua warna baru berbanding model asal yang  dilancar pada tahun 2018.

Dominar D400 didatangkan dengan enjin silinder tunggal, 4 lejang, DOHC dengan sistem penyejuk cecair berserta teknologi DTS-i. Model bersesaran 373.27cc ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 29.41kW (40 PS) pada 8,650rpm dan torknya pula 35Nm pada 7,000rpm.

Apa yang paling menarik, saspensi hadapanya telah diperbaharui dengan menggunakan sistem saspensi jenis terbalik (USD). Manakala di bahagian belakang dilengkapi dengan penyerap hentak tunggal Nitrox yang boleh ditala untuk kesesuaian penunggang.

Model ini disempurnakan dengan brek jenis cakera 320mm di bahagian hadapan dan 230mm di belakang serta dilengkapi sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Dominar D400 ini juga turut dipadankan dengam sistem klac jenis Assist & Slipper.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada model ini adalah tankpad gentian karbon, logo Dominar di pelana belakang, tangki bahan api 13 liter, lampu hadapan automatik jenis LED Mosaic, sistem ekzos baru dengan muncung berkembar dan dua paparan meter LCD yang kini lengkap dengan kedudukan gear, penunjuk kelajuan, jarak perjalanan, masa, putaran rpm, serta tahap bahan api.

Modenas Dominar D400 ditawarkan pada harga RM13,997 (tanpa insurans & cukai jalan) dengan dua pilihan warna iaitu Savanna Green dan Charcoal Black. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).