Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 November 2021

Yamaha R1 GYTR VR46, Penghormatan Buat Valentino Rossi

Seperti yang kita tahu, bermula tahun 2022 Valentino Rossi tidak akan lagi berlumba dalam kejuaraan MotoGP selepas mengumumkan persaraan beliau sebagai pelumba profesional jentera dua roda. Demi memberi penghormatan buat pelumba lagenda dan ikon MotoGP itu, Yamaha Motor Europe menghadiahkan sebuah model Yamaha YZF-R1 edisi khas kepada Valentino Rossi iaitu R1 GYTR VR46. Pengenalan jentera tersebut turut dihadiri oleh bintang dari Itali itu dalam acara One More Lap di EICMA 2021.

Selepas membuat penampilan sulungnya selama 26 tahun, beliau kini menjadi tokoh terkemuka dalam sejarah MotoGP apabila menampilkan persembahan yang baik serta memberikan inspirasi kepada para pelumba dua roda dari masa ke semasa.

Valentino Rossi yang terkenal dengan gelaran 'The Doctor' merupakan satu-satunya pelumba yang berjaya meraih gelaran juara dunia sebanyak sembilan kali dalam kategori 125cc, 250cc dan kelas utama MotoGP, 115 kemenangan serta 235 podium dalam 425 perlumbaan. Oleh itu, Yamaha telah membangunkan sebuah model R1 GYTR VR46 dengan rekacorak unik yang dicipta oleh Aldo Drudi, beliau juga merupakan pereka design topi keledar yang digunakan oleh Valentino Rossi.

GYTR bermaksud Genuine Yamaha Technology Racing, dimana model ini memiliki teknologi perlumbaan sepenuhnya. Bukan itu sahaja, R1 GYTR VR46 ini juga turut disempurnakan dengan ciri-ciri istimewa dalam pembangunan model Yamaha di kejuaraan WorldSBK sehingga mencapai WorldSBK Triple Crown 2021. RR

Senarai ciri-ciri dari GYTR 2022

  • GYTR Electronic throttle
  • GYTR Slipper Clutch
  • GYTR Head Gasket
  • GYTR Radiator Kit
  • GYTR Air Funnel Set
  • GYTR Handlebar Set
  • GYTR Handlebar Switches
  • GYTR Front Brake Protector
  • GYTR Adjustable Rear Set
  • GYTR Akrapovic Factory Line System
  • GYTR Marchesini Wheel Set 

Senarai ciri-ciri istimewa dari WorldSBK

  • 22 L Factory Fuel Tank
  • Full Carbon Rear Subframe
  • Underslung Swingarm Assy
  • Adjustable Triple Clamp Kit (Offset adjustable 22.5mm x 27mm)
  • Special Carbon Fiber Fearing and Racing Screen
  • Engine Factory Tuned
  • ECU REX 140 Marelli
  • Wire Harness Dedicated to Marelli REX140 ECU
  • Sensor Kit
  • WorldSBK-spec Air Filter
  • Öhlins Side Steering Damper
  • Öhlins Factory Front Fork
  • Öhlins Factory Pneumatic adjustable rear shock
  • Brembo Front Master Cylinder
  • Brembo Discs Set
  • Brembo Rear Caliper Set
  • Brembo Front Caliper Set
  • Chrome Lite Dashboard with GPS
Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

Pandu Uji

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Honda memperkenalkan teknologi E-Clutch yang merupakan satu sistem agak kedengaran asing bagi sesetengah penunggang terutama untuk jentera supersport.