☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Oktober 2022

QJMOTOR Malaysia Perkenalkan Tiga Jentera 250cc

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama QJMOTOR di Malaysia telah memperkenalkan barisan model 250cc mereka. Terdapat tiga model yang berlainan segmen iaitu QJMOTOR SRV250, QJMOTOR SRK250 dan QJMOTOR SRK250RR. Kesemua jentera ini boleh didapati di semua pengedar sah QJMOTOR di Malaysia.

Ketiga-tiga jentera ini didatangkan dengan enjin 249cc, dua silinder sebaris, DOHC dan sistem transmisi 6-kelajuan. Dari segi keselamatan, model-model ini turut di lengkapi dengan sistem ABS yang dapat memberhentikan jentera dengan selamat ketika membrek dengan kuat.

QJMOTOR SRV250 merupakan jentera dalam segmen Street Criuser yang menggunakan enjin dua silinder V-Twin. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 27.5hp pada 9,000rpm dan tork 23.0Nm pada 7,000rpm. Manakala sistem ekzos jenis terpedo berkembar menawarkan deruman yang lebih garang.

Untuk keselesaan, SRV250 dipadankan dengan saspensi hadapan jenis fork teleskopik terbalik yang menawarkan hentakan cukup kemas. Manakala penyerap hentak di belakang tawar keselesaan ketika menunggang. Lampu hadapan dan belakang adalah jenis LED, meningkatkan tahap kesealamatan semasa menunggang pada waktu malam.

SRV250 boleh dimiliki pada harga bermula RM16,888 (tanpa insurans dan cukai jalan) dengan dua pilihan warna iaitu  Matte Black dan Black Green.

Segmen Naked Sport, SRK250 memiliki kuasa makimum 31.5hp pada 11,000rpm dan torknya pula 21.2Nm pada 9,000rpm. Manakala kerangka jenis trellis yang lebih ringan pada model ini memudahkan penunggang mengendalikan jentera ini.

Paparan meter jenis LCD pada jentera ini sangat memudahkan para penunggang untuk melihat segala informasi yang ada. SRK250 ditawarkan pada harga bermula RM16,888 (tanpa insurans dan cukai jalan). Terdapat tiga pilihan warna iaitu Merah, Hitam dan Biru.

Bagi penggemar model Replica Racing, SRK250RR mampu menghasilkan kuasa maksimum 25hp pada 8,500rpm dan tork 24.1Nm pada 6,500rpm. Model ini turut disempurnakan dengan sistem Assist/Slipper Clutch untuk tunggangan lebih lancar.

Dari pandangan hadapan, jentera ini memiliki rekabentuk yang cukup garang dengan lampu utama jenis LED berkembar. Rupabentuk yang dinamik juga dapat meningkatkan prestasi dan mengurankan rintangan angin ketika memecut. SRK250RR hadir dengan tiga warna menarik iaitu Merah, Hitam dan Jingga. Model ini dijual pada harga bermula RM18,888 (tanpa insurans dan cukai jalan).

Dengan setiap pembelian model-model ini, para pembeli turut menikmati waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahalu_ serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.