☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 November 2022

Honda XL750 Transalp dan CL500 Diperkenalkan di EICMA

Ruang pameran Honda di pameran motosikal antarabangsa EICMA 'digegarkan' dengan kehadiran beberapa model untuk pasaran tahun hadapan. Antara yang paling mendapat perhatian ialah kemunculan semula model XL750 Transalp.

Model baru ini semestinya mewarisi model Transalp terdahulu yang dicipta untuk memenuhi keperluan setiap penunggang motosikal tidak kira untuk tunggangan harian atau pun mengembara ke pelbagai destinasi di seluruh dunia. Rekabentuknya yang tinggi, posisi menunggang natural dan daya tahan lasak yang sememangnya menjadi kebanggaan setiap pemilik Transalp sebelum ini.

Honda XL750 Transalp baru ini disempurnakan dengan enjin kompak berkembar 755cc berkuasa 67.5kW pada 9,500rpm dan tork maksimum 75Nm pada 7,250rpm. Enjin baru ini dipasang cukup kemas 'dalam' kerangka keluli diamond yang ringan – menjadikannya lebih tangkas, lincah dan pengendalian lebih meyakinkan dalam semua keadaan.

Untuk prestasi cemerlang di laluan biasa dan lasak, Honda telah melengkapkan model ini dengan fork hadapan jenis Showa 43mm SFF-CA USD dan penyerap hentak belakang jenis Pro-Link. Gabungan tayar-tayar bersaiz 21 inci (depan) dan 18 inci di belakang menjadikan tunggangan di jalanan biasa dan offroad lebih menyeronokkan.

Sistem elektronik yang terdapat pada model ini antaranya ialah mod tunggangan (5 pilihan dengan hantaran kuasa berbeza), kawalan Engine Braking dan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dengan Integrated Wheelie Control. Segala maklumat dan talaan dapat dilihat dengan mudah menerusi panel meter TFT sebesar 5 inci.

Sistem pencahayaan model ini menggunakan lampu-lampu LED, lampu isyarat 'auto-cancel' dan Emergency Stop Signal yang akan menyala apabila kita melakukan brek kecemasan. Turut menanti pemilik model ini ialah sistem sambungan telefon pintar yang sesuai untuk aplikasi Android dan iOS yang lengkap dengan sistem Honda Smartphone Voice Control System.

Honda Transalp 2023 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Matt Iridium Gray Metallic, Matt Ballistic Black Metallic dan Ross White Tricolour.

CL500

Ia merupakan jentera ala retro yang berinspirasikan model Honda CL keluaran tahun 1960an dan 1970an dulu. CL500 baru ini menggabungkan nostalgia lalu dengan teknologi moden yang menjadikannya model jalanan urban yang unik dan menarik. Honda baru ini bukan hanya untuk 'kembara' harian tetapi mampu juga beraksi di laluan offroad yang ringan. Ia adalah pilihan sesuai buat penunggang muda yang mencari gaya hidup bebas.


CL500 hadir dengan enjin kembar-parallel 471cc yang memiliki hantaran kuasa 34.3kW pada 8,500rpm dan tork 43.4Nm pada 6,250rpm. Talaan unik ECU membolehkan kuasa pecutan lebih garang dan respon kepada pendikit yang tepat. Kita akan dapat menikmati tenaga enjinnya dalam semua kedudukan gear.


Rekaan lampu utama, lampu isyarat LED berbentuk bulat, sistem ekzos tinggi dan tangkinya memberikan kesan gaya retro yang cukup jelas. Turut menjadikan model ini tampak elegan ialah pada bahagian pelananya yang dijahit dengan logo Honda, bar handel agak tinggi dan pelindung fork getah.

Pengendaliannya yang mudah (sesuai untuk penunggang baru) datangnya dari fork teleskopik panjang dan penyerap hentak boleh laras yang 'memegang' erat tayar-tayar yang bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang).

Terdapat empat warna menarik menanti para peminat iaitu Candy Energy Orange, Matt Laurel Green Metallic, Candy Caribbean Blue Sea dan Matt Gunpowder Black Metallic.

Kita  berharap agar pihak Boon Siew Honda cepat-cepat membawa model-model ini masuk ke pasaran negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.