☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 November 2022

Ni Hsin Group Lancar Dua Model Skuter Elektrik (EV) - TAILG EBIXON BOLD & TORQ

Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV TECH) anak syarikat kepada Ni Hsin Group Berhad telah memperkenalkan dua buah motosikal elektrik (EV) ialah TAILG EBIXON BOLD dan TAILG EBIXON TORQ yang masing-masing dalam kategori kegunaan peribadi dan komersial. Kedua-dua model yang dipasang di kemudahan pembuatan syarikat di Sri kembangan, Selangor merupakan hasil kerjasama dengan syarikat dari China, Dongguan Tailing Motor Vehicle Co., Ltd.

TAILG EBIXON BOLD dijana dengan motor Brushless 72V yang menghasilkan kuasa 1.5kW dan tork 35Nm. Model ini menggunakan dua bateri jenis Lithium 72V/22AH yang boleh ditukar ganti. Ia mengambil masa untuk di cas sekitar 2 hingga 8 jam. Model ini mampu bergerak sejauh 120 kilometer dengan sekali cas. Kelajuan maksimum ditetapkan pada 70km/j.

TAILG BOLD.
TAILG BOLD.

Rim 13 inci di bahagian hadapan disaluti dengan tayar 130/60 manakala belakang 12 inci dengan tayar bersaiz 120/70. Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan brek-brek jenis cakera.

Berat jentera ini adalah 91kg dan ia mampu menampung berat sehingga 252kg. Antara ciri-ciri lain seperti paparan meter digital, soket pengecas USB, saspensi hadapan jenis fork teleskopik, penyerap hentak berkembar di belakang dan lampu-lampu LED.

Model ini ditawarkan pada harga asas RM9,000 dengan tiga warna pilihan iaitu MErah, Biru dan Hitam.

Sama seperti model BOLD, TAILG EBIXON TORQ juga menggunakan dua bateri jenis Lithium. Namun, kapasiti bateri model TORQ lebih besar iaitu 72V/50AH dengan berat masing-masing 23kg dan model ini juga memerlukan masa di antara 2 hingga 8 jam untuk di cas. TORQ menawarkan hantaran kuasa 5.0kW, tork maksimum setinggi 74Nm dan boleh ditunggang untuk jarak perjalanan sehingga 200 kilometer dengan laju maksimum 90km/j.

TAILG TORQ.
TAILG TORQ.

TORQ hadir dengan tayar hadapan bersaiz 90/90-12 dan 110/70-12 (belakang) yang dikawal oleh brek-brek jenis cakera. Fork hadapannya jenis teleskopik manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hental jenis spring.

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada model ini ialah Port UB, Lampu LED, Panel Meter Digital dan sistem Gear Undur. Terdapat dua warna pilihan iaitu Biru dan Hitam yang boleh dimiliki pada harga asas RM14,888. RR

Isu Pada

Januari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.