☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Disember 2022

Loncin Lancarkan Skuter Elektrik Bicose Real 5T

Loncin telah melancarkan skuter elektrik sulung mereka, Bicose Real 5T sebagai penglibatan mereka di dalam dunia motosikal elektrik, tatkala semua pembuat sedang pesat membangunkan kenderaan elektrik masing-masing kerana beberapa pasaran terbesar akan berubah kepada kenderaan elektrik sepenuhnya tidak lama lagi. Semua banjaran skuter elektrik daripada Loncin akan diletak di bawah jenama Bicose selepas ini.

Jenama Loncin mungkin tidak terkenal di Malaysia tetapi mereka merupakan antara pembuat motosikal terbesar di negara China. Bukan sekadar itu sahaja, mereka jugalah yang membina enjin buat motosikal BMW siri C 400 (skuter) serta siri F yang bermula daripada 650 ke 800, dan seterusnya ke 850 dan 900 yang terkini.

Model Bicose Real 5T ini dikuasai oleh sebuah motor elektrik yang menghantar kuasa ke roda belakang melalui sebuah tali saway (belt). Motor tersebut memberikan kuasa bersamaan motosikal 125cc iaitu 15hp, namun dengan tork yang amat kuat - 389Nm! Oleh itu, bersedialah untuk memegang handel dengan kuat apabila memecut! Top speed-nya dikatakan sampai ke 115km/j. Ia menggunakan dua bateri 89V, 27Ah lithium, tetapi malangnya mereka tidak boleh ditanggalkan bagi membuat pertukaran kepada bateri yang dicas penuh.

Apapun, skuter ini berupaya merangkumi jarak 240 kilometer dengan cas penuh. Ia dilengkapi dengan sebuah pengecas 1.84kW yang bersesuaian dengan soket CCS Type2 yang membolehkan pengecasan 0 hingga 80 peratus dalam hanya 2 jam. Skuter ini juga mempunyai tiga mod tunggangan, kawalan traksi, serta gear gostan. Terdapat juga sebuah port pengecas telefon pintar. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).