☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Mac 2023

MODENAS KRISS 110 Versi Dipertingkat (2023) Hadir Ke Pasaran

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS” atau “Syarikat”) anak syarikat DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”) mengumumkan pembaharuan untuk model Kriss 110 dan Kriss 110 “Disc Brake” 2023.

MODENAS Kriss 110 Versi Brek Cakera - RM4,437.00.
MODENAS Kriss 110 Versi Brek Cakera - RM4,437.00.

MODENAS Kriss merupakan antara model paling popular sepanjang zaman dan yang terkini, ia hadir dengan beberapa ciri baru termasuk lampu depan yang direka bentuk baru serta port pengecasan USB untuk kemudahan penunggang. Model ini disempurnakan dengan enjin berteknologi EEV, silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, 108 cc, yang menghasilkan kuasa maksimum 4.9 kW (6.57 hp) pada 8,000rpm dan tork maksimum 6.7 Nm pada 6,000rpm.

Selain itu, kedua-dua varian juga menerima warna dan skema grafik baharu yang telah dikemas kini pada harga yang mampu milik iaitu RM3,917.00 untuk Modenas Kriss 110 yang berwarna Biru, Hitam dan Kuning, Untuk varian Kriss “Disc Brake” pula, ia ditawarkan pada harga RM4,437.00 dalam tiga pilihan warna iaitu Biru, Hitam dan Merah.

MODENAS Kriss 110 - Biru.
MODENAS Kriss 110 - Biru.
MODENAS Kriss 110 - Kuning.
MODENAS Kriss 110 - Kuning.

Kedua-dua varian akan tiba di semua pengedar sah MODENAS menjelang minggu ini. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi MODENAS di https://modenas.my/v2/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).