☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Mei 2023

Hakim Danish Tekad Perbaiki Diri Untuk Keputusan Lebih Baik

Walaupun tidak dapat mengulangi kejayaan ke podium, pujian harus diberikan buat pelumba negara Hakim Danish yang telah mempamerkan tunggangan yang penuh cekal dalam Kejuaraan European Talent Cup pusingan kedua yang diadakan di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol.

Dalam Perlumbaan 1, bermula di petak ke-27 sememangnya memberi kesukaran untuk Danish mencari laluan untuk berada di depan. Namun begitu, semangat juangnya berjaya membuka peluang untuk meletakkan dirinya di posisi ketujuh untuk seketika. Selepas mengharungi 16 lap yang mendebarkan, Danish berjaya menamatkan saingan di tempat ke-11.

Perlumbaan 1 telah diungguli oleh pelumba tuan rumah iaitu Maximo Quiles dengan catatan 27:25.488s, hampir sembilan saat di hadapan pemenang tempat kedua, Guido Pini manakala pelumba muda dari Finland iaitu Rico Salmela ketiga.

Hasrat Danish untuk menebus kekecewaannya dalam Perlumbaan 2 juga tidak kesampaian apabila tidak dapat bermula seperti yang dirancang. Walaupun berusaha untuk memperbaiki rentak, Danish tidak berupaya untuk mengejar kelompok di hadapan yang akhirnya telah dimenangi oleh pelumba yang sama, Maximo Quiles dengan catatan masa yang hampir sama dengan saingan pertama iaitu 27:28.908s.

Tempat kedua telah dimenangi oleh Brian Uriarte manakala Alberto Ferrandez dan Dodo Boggio masing-masing menamatkan cabaran kali ini di tempat ketiga dan keempat.

“Race 1 bermula agak baik dari petak 27 saya naik ke tempat ke-7 namun saya ada bersentuhan dengan pelumba lain membuatkan saya drop position dan berakhir dengan posisi ke-11. Race 2 saya tidak mendapat permulaan yang baik, kumpulan hadapan mula ada gap membuatkan saya sukar untuk kejar dan saya habiskan perlumbaan di P13,” kata Hakim Danish.

“Keputusan yang tidak berapa gembira buat saya namun saya tidak akan berputus asa untuk terus perbaiki diri untuk lebih kuat lagi di perlumbaan berikutnya. Terima kasih kepada team saya, keluarga saya, semua sponsor dan semua yang menyokong,” tambahnya.

Saingan seterusnya akan diadakan di Litar Jerez pada 4hb Jun 2023 nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.