☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Disember 2023

KTM memperkenalkan siri SX-F Factory Edition

KTM memperkenalkan siri SX-F Factory Edition terdiri KTM 450 SX-F Factory Edition dan 250 SX-F Factory Edition yang bersedia untuk merentas trek lasak dan mencabar terbaik dengan kemampuan menewaskan pesaingnya.

KTM SX-F Factory Edition ini hadir dengan spesifikasi yang diubah suai dan dikemas kini bagi model pengeluaran sekarang ini berorientasikan prestasi yang benar-benar mantap. Peningkatan prestasi telah dicuba, diuji dan dipilih melalui penggunaannya dalam perlumbaan. Ringkasnya: apa yang para pelumba Factory gunakan dalam saingan itulah yang anda nikmati nanti.

Siri KTM SX-F Factory Edition, mempunyai keistimewaan dan gaya estetik yang cukup penting. Sebagai contoh, model-model khas ini boleh dikenal pasti dengan mudah menerusi kerangkanya berwarna jingga.

Model ini disempurnakan dengan sistem Connectivity Unit Offroad (CUO). Sistem ini terdiri daripada dua bahagian yang dipasang di antara ruang fork hadapan sebelah kanan manakala sistem GPS pula berada pada fender depan yang juga direka semula. Sistem CUO memberikan kita pelarasan karaktor enjin dan kadar redaman sistem saspensi menerusi aplikasi KTMConnect.

Pada asasnya, ia memberikan lebih banyak pilihan buat penunggang mendapatkan penyesuaian dan keupayaan jentera mereka tanpa memerlukan bantuan luaran. Tetapi bukan itu sahaja.

Dengan adanya sistem LitPro, penunggang dapat memeriksa garisan tunggangan, tahap kelajuan, corak penggunaan gear dan banyak maklumat lain untuk mendapatkan catat masa lebih pantas di setiap lap melalui kepelbagaian pilihan dari aplikasi KTM yang serba moden ini.

Casis baru KTM ini direka untuk meningkatkan fleksibiliti dan pengurangan berat keseluruhan. Red Bull KTM Factory Racing berpegang kepada falsafah ini, memenangi perlumbaan secara konsisten dan mencatat rekod pada tahap tertinggi.

Kedua-dua motosikal ini menampilkan pelarasan terbaik untuk pengendalian seperti peredam-getah tiga pengapit aluminium gred tinggi. Saspensi WP boleh laras sepenuhnya dengan jarak roda 310 mm dengan fork hadapan jenis WP XACT 48 mm berteknologi AER. Sistem ekzos slip-on titanium Akrapovic baru juga menyumbang kepada faktor penurunan berat dan peningkatan kuasa kedua-dua model ini. RR

Ciri-ciri menarik KTM 250 SX-F Factory Edition 2024 dan KTM 450 SX-F Factory Edition

  • Kerangka 'factory' Jingga 2024
  • Pelindung kerangka
  • Fender hadapan disepadukan dengan unit CUO
  • Mounting enjin
  • Sistem saspensi dikemas kini
  • Sarung pelana 'factory'
  • Brek hadapan cakera 'semi-floating'
  • Pelindung brek cakera hadapan
  • Grip jenis lembut ODI
  • Sproket warna Jingga
  • Rantai keemasan
  • Penghidup enjin WP Factory
  • Sistem ekzos 'slip-on' Akrapovic
  • Pelindung klac Hinson

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.