☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Disember 2023

Vespa Primavera Edisi Disney Mickey Mouse Dilancarkan - Harga Bermula RM22,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia baru-baru ini dengan rasminya telah mengumumkan ketibaan Vespa Disney Mickey Mouse Edition untuk pasaran Malaysia.

Kerjasama di antara Vespa dan Disney merupakan satu penghargaan bagi meraikan ulang tahun Disney yang ke-100.

Projek kolaborasi di antara dua jenama itu melibatkan model skuter Vespa Primavera 150cc yang menampilkan warna Hitam, Merah, Puith dan Kuning yang diispirasikan dari watak Mickey Mouse.

Rim yang bewarna kuning mengambarkan kasut Mickey Mouse. Manakala cermin sisi berwarna Hitam pula merupakan telinga bulatnya yang jelas. Model ini juga diperkemaskan dengan rekacorak 'Silhouette' Mickey Mouse yang terdapat di kedua-dua bahagian sisi panel dan bahagian hadapan jentera. Turut kelihatan tandatangan Mickey Mouse di bahagian panel hadapan dan pelana.

Vespa Primavera Edisi Disney Mickey Mouse ditawarkan pada harga bermula RM22,900. Para pembeli model ini juga akan menerima topi keledar khas. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.