☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Mei 2024

Suzuki Malaysia Lancarkan 3 Model Serba Baru

MAEPS, Serdang: Bersempena dengan acara Malaysia Autoshow 2024, Suzuki Malaysia hari ini telah melancarkan tiga model sensasi yang dinanti-nantikan iaitu Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R dan V-Strom 800. Model S1000GX telah menerima gelaran 'The Supreme Sport Crossover' dan telah diiktiraf di peringkat global sebagai sebuah jentera berkuasa tinggi dan kembara yang agresif serta padar dengan sistem elektronik yang cukup moden.

Model ini disempurnakan dengan enjin 999cc, 4 lejang, DOHC yang berkuasa 152hp pada 11,000rpm dan tork 106Nm pada 9,250rpm. Pengendalian dimantapkan lagi dengan pelbagai sistem elektronik terkini seperti Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S), Suzuki Drive Mode Selector Alpha, Smart TRL (Traction, Lift & Roll Torque), Active Damping Control, Suzuki Road Adaptive Stabilization, Automatic Rear Suspension, Ride-by-Wire Electronic Throttle System, Bi-directional Quick Shift System, Smart Cruise Control, Motion Track Brake System, Slope Dependent Control System, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist.

Dari segi rekabentuknya, S1000GX ini memang lain daripada yang lain. Rekabentuk hadapan yang tajam/bersudut tampak futuristik - lengkap dengan lampu-lampu LED. Model ini menjanjikan ketangkasan yang disumbangkan oleh kerangka spar-kembar aluminium bertegaran tinggi yang dipadankan dengan sistem saspensi elektronik jenis Showa dan brek-brek Brembo yang berkualiti tinggi.

Suzuki GSX-S1000GX ditawarkan pada harga RM80,900.

Jentera superbike 'Era Baru' merupakan gelaran untuk model GSX-8R yang semestinya menjadi pilihan buat para pencinta motosikal Suzuki yang inginkan prestasi mantap dan pergerakan tangkas. Ia hadir dengan enjin 776cc, DOHC yang berkuasa 83.1hp pada 8,500rpm dan tork 78Nm pada 6,800rpm.

Model baru ini menggabungkan gaya 'nakal' sebuah model sport tetapi pada masa yang sama, cantik, anggun dan mewah. Suzuki baru ini turut dilengkapkan dengan Suzuki Drive Mode Selector yang memiliki tiga mod tunggangan iaitu Mod A (Active), Mod B (Basic) dan Mod C (comfort).

Untuk kekal di jalanan dengan selamat, model ini juga telah dilengkapkan dengan dengan sistem elektronik baru seperti Suzuki Traction Control, Quick Shift System, Easy Start System, ABS dan banyak lagi. Dapatkan model ini pada harga RM53,800.

Minat kembara? Jom kita tunggang Suzuki V-Strom 800! Model ini hadir dengan lampu-lampu LED, posisi menunggang yang selesa, dan semestinya spesifikasi enjin yang cukup padu!

V-Strom 800 didatangkan dengan enjin 776cc, kembar-parallel DOHC yang seimbang, mudah dikawal dan cukup lancar. Model ini juga dipadatkan dengan sistem elektronik baru seperti Suzuki Traction Control, Suzuki Drive Mode Selector, Suzuki Traction Control, Suzuki Easy Start System dan banyak lagi.

Model ini didatangkan juga dengan cermin pengadang angin boleh laras, panel meter TFT 5", Separate Function Fork- Big Piston (SFF-BP), brek-brek cakera berkualiti tinggi dan lain-lain. Suzuki V-Strom 800 ditawarkan pada harga RM54,800. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.