Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2024

Honda Eropah Lancar Forza 350 & Forza 750

Pasaran jentera automatik global untuk tahun 2025 mengalu-alukan ketibaan dua model terbaru dari Honda iaitu Forza 350 dan Froza 750. Kedua-dua skuter maksi ini diberikan sentuhan baru dan pelbagai ciri-ciri moden yang telah dikemas kini bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pemilik dalam kehidupan seharian. Ya...semesti Honda sentiasa mahukan setiap pemilik produk mereka berbangga dengan apa yang dimilikinya.

Forza 350

Menawarkan sebuah skuter mewah, anggun dan berprestasi tinggi. Penggayaannya memang menarik, diperlihatkan menerusi rekaan fairing hadapan yang digabungkan dengan unit pencahayaan moden jenis LED. Cermin pengadang angin model baru ini boleh ditala (naik/turun) secara automatik pada ketinggian 180mm.

Model ini juga dilengkapkan dengan panel meter TFT lima inci baharu yang cukup terang dan jelas dilihat dalam semua keadaan, siang atau malam. Menerusi panel meter ini juga penunggang Forza 350 ini dapat dihubungkan dengan telefon pintar menerusi Honda RoadSync. Selain itu, sistem kunci pintar adalah ciri-ciri moden yang memang praktikal.

Honda Forza 350 baru ini disempurnakan dengan enjin 330cc, Euro 5 yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 21.5kW pada 7,500rpm dan tork 31.5Nm pada 5,250rpm yang mampu memberikan kelajuan tertinggi 137km/j.

Untuk tunggangan yang mantap di laluan-laluan berliku, Honda telah melengkapkan model ini dengan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang. Tayar-tayarnya bersaiz 120/70-­15 (depan) dan 140/70­-14 di belakang yang dikawal dengan cemerlang oleh sistem brek jenis cakera berserta ABS dua saluran.

Posisi tunggangan termasuk pembonceng direka lembut, empuk dan selesa - sesuai untuk perjalanan jauh dan dekat. Tinggi pelananya hanya 780mm dan terdapat ruang bawah pelana yang boleh memuatkan dua topi keledar full face. Bahagian ini juga turut dipasangkan dengan sistem pencahayaan agar lebih mudah ketika di waktu malam. Untuk kekal di talian, skuter ini juga mempunyai soket USB Type C.

Satu warna baru diperkenalkan iaitu Carnelian Red Metallic yang 'mengiringi tiga warna sedia ada iaitu Pearl Falcon Gray, Pearl Nightstar Black dan Mat Pearl Cool White.

Forza 750

Pantas, Tangkas dan Mewah. Tiga perkataan mudah tetapi sangat tepat untuk mentafsirkan skuter maksi ini.

Skuter ini direka untuk memberikan kepuasan buat pemiliknya menikmati perjalanan seharian, di dalam dan luar bandar serta pengembaraan jauh ke destinasi-destinasi menarik. Honda meletakkan Forza sebagai teman baik yang melambangkan kualiti dan tahap praktikaliti.

Honda baru ini menawarkan enjin bersesaran 745cc, sistem penyejuk cecair, SOHC, 2 silinder parallel yang menghasilkan kuasa tertinggi 43.1kW pada 6,750rpm dan tork 69Nm pada 4,750rpm. Antara kekuatan jentera ini adalah menerusi sistem Dual Clutch Transmission (DTC) ikoniknya yang menawarkan sistem transmisi Automatic Transmission (AT) dan Manual Transmition (MT).

Menerusi sistem Throttle By Wire yang dipadatkan pada model ini, kita dapat menikmati ciri-ciri moden seperti Mod Tunggangan (Standard, Sport, Rain dan User) dan Honda Selectable Torque Control (3 tahap). Turut dilengkapkan ialah sistem Emergency Stop Signal (ESS), sistem Kunci Pintar, Cruise Control dan sistem penyambungan Honda RoadSync.

Dari segi penggayaan, Honda Forza 750 hadir dengan lampu-lampu LED yang disertakan dengan sistem DRL direka cukup cantik, panel meter TFT, cermin pengadang angin boleh laras dan ruang bawah pelana (22 liter) yang cukup luas. RR

Spesifikasi ringkas Honda Forza 750:

  • fork hadapan USD 41mm / penyerap hentak belakang jenis tunggal
  • brek-brek cakera berserta ABS
  • tinggi pelana 790mm
  • pengecas USB Type C
  • transmisi 6 kelajuan

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.