☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Oktober 2024

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition. Model edisi terhad ini menawarkan gaya yang eksklusif, elegan yang lengkap dengan elemen-elemen moden.

Hanya 500 unit dikeluarkan dan mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan varian Scrambler standard. Paling utama tentulah pada corak/warnanya yang cukup unik. Setiap perincian dikaji oleh Rizoma untuk menyerlahkan lagi aksesori dan butiran yang memberi impak hebat.

Lihat sahaja liverynya, gabungan di antara warna Hitam, Stone white dan Metal Rose memang cukup cantik. Tangki, enjin, komponen casis dan cermin sisi 'bar-end' atau sistem ekzos disempurnakan dengan warna hitam.

Kemasan warna Metal Rose dipadankan pada cermin pelindung angin, tempat letak kaki, pelindung sisi enjin manakala beberapa bahagian seperti di tangki, fork hadapan dan madgad pula tampak menarik dengan warna Stone White.

Model edisi terhad ini dilengkapkan dengan enjin  2 silinder 803cc yang menghasilkan kuasa 73hp pada 8,250rpm dan 65.2Nm pada 7,000rpm. Ducati Scrambler ini juga hadir dengan sistem elektronik Ride-by-wire, Quickshifter dan Mod Tunggangan yang semuanya boleh dilaras menerusi panel meter TFT yang berukuran 4.3 inci.

Untuk lebih selamat, Ducati melengkapkan model ini dengan brek cakera bersaiz 330mm (di hadapan), 245mm (di belakang) yang dipadankan dengan sistem ABS.

Ducati ini juga mudah untuk dikendalikan oleh semua jenis penunggang kerana ia tidak terlalu berat, posisi bar hendal yang tepat, ruang kaki luas dan pelana yang tidak begitu tinggi.

Ramai di kalangan para peminat dunia kembara (di Malaysia) yang menunggang jentera ini bukan hanya di seluruh negara tetapi juga ke negara-negara jiran yang jaraknya ribuan kilometer. Dikatakan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition akan mula ditawarkan pada suku pertama tahun hadapan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.