☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Januari 2025

Boon Siew Honda Perkenalkan Wave Alpha Dengan Warna Lebih Menarik

Boon Siew Honda (BSH) menampilkan Wave Alpha yang lebih segar dengan warna-warna baru terdiri daripada Kelabu, Biru dan Merah khas buat mereka yang lngin kelihatan garang, ceria dan dinamik manakala warna Hitam pula cukup sesuai bagi penunggang motosikal yang berjiwa klasik.

Honda Wave Alpha disempurnakan oleh enjin 109.2cc, sistem suntikan bahan api elektronik (PGM-FI) yang menawarkan prestasi enjin yang mantap, senyap dan tahan lasak.

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh model ini ialah tangki bahan api 4.1 liter, ruang utiliti bersaiz 7.3 liter (cukup luas untuk memuatkan jaket dan barangan peribadi) dan pelana yang empuk serta luas untuk keselesaan menunggang solo atau berdua.

Harga asas untuk Wave Alpha berwarna Kelabu, Biru dan Merah ialah RM5,309 manakala warna Hitam ditawarkan pada nilai RM5,259. Harga-harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000 jarak perjalanan (yang mana terdahulu).

Model ini akan berada di semua Honda IMPIAN X dan wakil pengedar Honda di seluruh negara bermula 6hb Januari 2025. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boonsiewhonda.com.my. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.