☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Mac 2025

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Baru-baru ini, Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan. Kehadiran model ini menambah lagi rangkaian keluarga GTS 300 dengan menyertai GTS SuperSport dan GTS SuperTech.

Dengan menggunakan slogan "UNSTOPPABLE GREATNESS", skuter ikonik ini bukan sekadar jentera biasa tetapi merupakan simbol bagi keanggunan, kejayaan dan gaya hidup yang tiada tandingan.

Model ini didatangkan dengan enjin 278cc Hing Performance Engine (HPE) satu silinder, SOHC dan mampu menghasilkan kuasa maksimum 23.8hp pada 8,250rpm dan tork 26Nm pada 5,250rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada model ini adalah sistem kunci pintar, lampu-lampu LED, ruang simpanan bawah pelana, tangki bahan api 8.5 liter, tinggi pelana 790mm, rim aloi 12 inci, brek cakera dan sistem ABS.

Vespa GTS 300 Classic ditawarkan pada harga asas RM31,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Beige Sabbia Q02, Black Vulcano ND dan Green Relax V11. Apa yang lebih menarik sekali, untuk 50 pelanggan pertama boleh memilik skuter ini pada harga RM29,900. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.