☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Julai 2025

MODA Shifter 400X Berada Di Pasaran Negara

Jenama tempatan MODA terus mengorak langkah dalam pasaran negara dengan melancarkan modal baru iaitu Shifter 400X. Sebenarnya model ini telah pun dipertontonkan sebanyak dua kali iaitu di MotoGP tahun lepas dan Malaysia Auto Show 2025.

Shifter 400X dijana dengan enjin 333cc silinder tunggal, SOHC dan sistem penyejuk cecair. Sebagai sebuah skuter Adventure, model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 26.8hp pada 7,500rpm dan tork sekitar 33.5Nm pada 5,500rpm. Berat skuter ini hanya 208kg manakala tinggi pelana pula adalah 775mm.

Cermin penghadang angin pada jentera ini boleh dilaras sebanyak dua tahap secara manual. Ciri ini memudahkan aliran udara serta aerodinamik diubah mengikut keselesaan penunggang. Shifter 400X turut dilengkapi dengan sistem ABS dan Traction Control yang ditawarkan secara standard.

Bahagian hadapan jentera dipadankan dengan lampu utama jenis 'lenticel' bersama sistem AFS (Adaptive Front-lighting System) untuk pencahayaan lebih jelas. Lampu belakang pula jenis LED berbentuk V dan turut disertakan bantuan ESS (Emergency Stop Signal).

Antara kelengkapan lain seperti sistem kunci pintar, ruang simpanan bawah pelana, paparan meter TFT 7-inci bewarna penuh, TPMS, brek-brek cakera, fork teleskopik, pemyerap hentak berganda dengan sub-tank serta dua soket pengecas iaitu USB 12V dan soket pemetik api 12V.

Sebagai aksesori tambahan, sistem kamera dashcam di depan dan belakang turut ditawarkan pada MODA Shifter 400X ini. Kandungan rakam boleh dimuat turun melalui aplikasi mudah alih khas.

MODA Shifter 400X hadir dengan dua warna iaitu Ninja Black dan Ultra White dengan harga asas bermula RM23,888 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, layari saluran media sosial kami atau kunjungi laman web rasmi MODA di http://www.modamotorcycles.com/models/shifter-400x. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).