☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 November 2025

SUZUKI SV-7GX Diperkenalkan di EICMA 2025

Suzuki Global mencuri tumpuan di pameran motosikal antarabgsa EICMA 2025 dengan melancarkan Suzuki SV-7GX, sebuah jentera "crossover" sport tourer kelas pertengahan yang menggabungkan gaya spotbike tetapi lebih selesa seperti motosikal adventure.

Dibina berasaskan model SV650, Suzuki SV-7GX membawa hala tuju baharu bagi segmen pertengahan Suzuki yang menampilkan rekabentuk moden, teknologi terkini serta prestasi yang seimbang. Model ini menggunakan enjin 645cc V-Twin, DOHC dengan sistem penyejukm cecair dan mematuhi piawaian EURO5+. Enjin ini menawarkan kuasa 72.4hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 64Nm pada 6,800rpm.

Antara kelengkapan elektrok  yang diperkenalkan termasuk Ride-by-Wire, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) dengan pilihan mod tunggangan, Suzuki Traction Control System (STCS) tiga tahap, Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), serta quick shifter dua hala. Turut dilengkapi sistem Easy Start dan Low RPM Assist, memudahkan jenetera bergerak bada kelajuan rendah.

Selain itu, jenetra ini turut dipadankan bersama kerangka tebular trellis yang ringan tetapi lebih kukuh. Bahagian saspensi hadapan jenis fork teleskopik 41mm dan belakang menggunakan penyerap hentak monoshock boleh laras. Sistem brek cakera di bahagian hadapan jenis berkembar 290mm manakala belakang cakera tunggal 240mm yang turut dilengkapi sistem ABS dua saluran sebagai standard.

Kelengkapan lain seperti tinggi pelana 795mm, isi tangki bahan api 17.4 liter, paparan meter TFT 4.2 inci dengan fungsi sambungan Suzuki Ride Connect+, berat 211kg, tayar hadapan 120/70ZR17M/C (58W), tayar belakang 160/60ZR17M/C (69W) dan cermi penghadang angi boleh laras tiga tahap.

Suzuki turut menawarkan SV-7GX dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Brilliant White / Metallic Triton Blue, Pearl Mat Greige, dan Glass Sparkle Black. Model ini dijangka akan memeasuki pasaran global pada tahun hadapan termasuk Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.