☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Februari 2026

CFMOTO PAPIO RACER Ditawarkan Untuk Pasaran Negara - RM8,888

CFMOTO Malaysia terus memperkembangkan pasarnnya untuk tahun 2026 dengan melancarkan CFMOTO Papio Racer. Model ini merupakan sebuah jentera fun bike yang direka untuk pengendalian licah serta menampilkan gaya berasaskan perlumbaan.

Model ini didatangkan enjin 126cc satu silinder dengan sistem penyejuk cecair yang mampu meghasilkan kuasa  9.3hp pada 8,250rpm dan tork sekitar 9.2Nm pada 6,500rpm. Sistem bahan api pada model ini menggunakan suntikan elektrinik (EFI) yang turut dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Walaupun saiz badan dan kapasiti enjinnya kecil, Papio Racer dilengkapi dengan tangki bahan api 7 liter yang sangat sesuai untuk tunggangan harian. Saspensi hadapan menggunakan fork USD manakala belakang disempurnakan dengan penyerap hentak tunggal boleh laras.

Antara kelengkapan lain termasuklah brek cakera 210mm (depan), cakera 190mm (belakang), berat 114kg, tinggi pelana 760mm, lampu LED bersama DRL, ABS dua saluran, tayar 120/70-12 (depan), tayar 130/70-12 (belakang), soket USB dan sistem traction control.

CFMOTO Papio Racer ditawarkan pada harga asas RM8,888 dengan tiga pilihan warna iaitu Clay Yellow, Nebula White dan Champion Blue. Setiap pembelian CFMOTO PAPIO RACER didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km perbatuan (yang mana terdahulu), serta kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh CFMOTO Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).