Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 September 2026

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Akhirnya... Model yang ditunggu-tunggu iaitu ZXMOTO 820RR dilancarkan secara rasminya hari ini oleh pihak ZXMOTO dan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd bersama-sama dengan dua lagi model iaitu ZXMOTO 500RR dan ZXMOTO 500F. Harga asas untuk ketiga-tiga model itu turut diumumkan iaitu RM39,888 (820RR), RM29,988 (500RR) dan RM28,888 (500F).

Model 820RR mula mendapat perhatian ramai selepas menunjukkan prestasi yang cukup mengagumkan dalam perlumbaan WSBK Kategori Supersport (WSSP) dengan memenagi 8 perlumbaan dengan cemerlang. Untuk pasaran negara, model ini disempurnakan dengan enjin 818.8cc, tiga silinder sebaris, DOHC 12-injap yang menghasilkan hantaran kuasa maksimum setinggi 133hp pada 12,000rpm dan tork maksimum: 80Nm pada 9,500rpm.

Jentera ini juga didatangkan dengan sistem transmisi: 6 kelajuan berserta sistem Quick Shifter dua-hala. Dari segi kelengkapan sistem elektronik, 820RR hadir dengan Mod Tunggangan (Standard, Sport, Rain & Custom), Cruise Control, Quick Shifter, Launch Control, Panel Meter TFT dan sistem Traction Control.

Prestasi jentera ini khususnya di laluan-laluan berselekoh disumbangkan oleh sistem saspensi moden terdiri daripada fork hadapan jenis USD boleh lasas dan penyerap hentak tunggal di belakang (juga boleh dilaras sepenuhnya).

Rekabentuknya memang garang! Liat sahaja bahagian hadapannya yang sporty dan aerodinamik. Lampu-lampu LED menghiasi bahagian hadapan dan belakang, seiringan dengan lampu-lampu isyarat. Panel meter TFT berwarna penuh pula bukan sahaja disusun kemas tetapi juga memudahkan kita membuat setiap talaan.

Tayar hadapan bersaiz 120/70-ZR17 manakala di belakang 190/55-ZR17 yang dipadankan dengan brek jenis cakera 320mm (depan)/ 220mm (belakang) beserta sistem ABS dan semestinya sistem Traction Control. Tangki bersaiz 18 liter, pelananya pula setinggi 825mm dan berat ZMOTO 8220RR hanya 193kg.

ZXMOTO 500RR juga menawarkan rekabentuk serta spesifikasi yang mantap. Ia disempurnakan dengan enjin 470cc, 4-silinder sebaris, DOHC, 16-injap dengan sistem penyejuk cecair yang berkuasa 84.2hp pada 13,500rpm dan tork 46Nm pada 11,500rpm. Hadir dengan sistem Slipper Clutch dan sistem Quick Shifter dengan kemampuan memecut laju mencecah sekitar 235-240km/j. Ya... cukup sesuai untuk tunggangan di jalanan biasa dan di litar.

Panel meter jenis TFT dan antara sistem elektronik yang ditawarkan oleh model ini terdiri daripada Mod Tunggangan (Beginner, Street & Sport), Sistem ABS dan Launch Control.

Tayar hadapan 120/70 ZR17 dan belakang 180/55 ZR17 yang dipadankan dengan sepasang brek cakera  300mm (depan), brek cakera 220mm berserta sistem ABS.

ZXMOTO 500F pula menampilkan rekabentuk retro yang pastinya menarik minat ribuan para peminat dua roda tidak kira muda atau tua. Seperti ZXMOTO 500RR, model ini hadir dengan enjin 470cc, 4 silinder sebaris yang berkuasa (sedikit rendah) iaitu 73.4hp pada 11,00rpm dan tork 48Nm pada 9,500rpm.

Untuk menjamin kestabilan khususnya dalam kelajuan tinggi, 500F dilengkapkan dengan kerangka 'double-cradle' dengan gaya struktur trellis.

Sistem pencahayaan jenis LED dengan lampu depan hadir dengan rekabentuk bulat. Turut diselarikan dengan konsep itu, panel meter digital dan cermin sisi juga diberikan bentuk retro (bulat). Pelananya luas dan empuk manakala posisi menunggang juga tegak selesa manakala bar hendalnya juga berada di posisi yang sempurna.

Fork hadapan jenis USD boleh laras, siap dengan sistem peredam manakala di belakang menggunakan penyerap hentak tunggal. Tinggi pelana hanya 795mm - sesuai untuk semua jenis penunggang, termasuk wanita.

Spesifiasi Ringkas ZXMOTO 500F terdiri daripada tangki bersaiz 15.5 liter. Tayar hadapan 120/70 ZR17 manakala di tayar belakang 180/55 ZR17. Di depan, pergerakan dikawal oleh brek hadapan 300mm yang lengkap dengan sisten ABS dan Traction Control. Brek belakang pula juga jenis cakera 220mm dengan ABS dan Traction Control.

Kunjungi wakil-wakil pengedar Mforce terdekat anda untuk melihat dengan lebih dekat. RR

Popular

  • Warta Roda

    Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

  • Model Baru

    Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

  • Model Baru

    Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

  • Dari Litar

    Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

  • Dari Litar

    Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Artikel berkaitan

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Pandu Uji

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda 'Africa Twin' memperoleh reputasinya bermula pada tahun 1980-an apabila syarikat pengeluar motosikal dari Jepun ini membuat keputusan untuk sertai perlumbaan lasak, Rally Paris-Dakar.