☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Oktober 2026

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama. Para pencinta skuter di tanahair boleh memiliki model ini pada harga asas RM14,149.

Dari kini: En. Kunitomo Asano 'Ketua Pegawai Eksklusi & Pengarah Urusan BSH' & Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Pengerusi BSH.
Dari kini: En. Kunitomo Asano 'Ketua Pegawai Eksklusi & Pengarah Urusan BSH' & Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Pengerusi BSH.

Bagi kebanyakan penunggang, warna-warna ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar cat yang 'cetakkan'. Ia melambangkan sejarah Honda di litar perlumbaan yang menjadi kebanggaan setiap kali diletakkan di hadapan kafe atau ketika berbaris untuk menyertai konvoi di hujung minggu.

Kini, penunggang di Malaysia berpeluang menampilkan identiti sporty dan penuh semangat ini menerusi pilihan warna baharu yang disemadikan pada Honda ADV160 RoadSync. Pada masa yang sama, ia melengkapkan pilihan warna Matte Grey dan Brown yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Info: Honda ADV160 RoadSync dijana oleh enjin 157cc Enhanced Smart Power+ (eSP+) yang telah menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan akreditasi 5-Bintang MyMAP. Enjin tersebut menghasilkan kuasa 15.8hp pada 8,500 rpm dan tork sekitar 14.7Nm pada 6,500 rpm. Dengan adanya sistem Honda RoadSync, jentera ini boleh disambungkan dengan telefon pintar untuk membolehkan para penunggang mengakses fungsi navigasi, panggilan telefon, muzik dan notifikasi mesej secara terus pada paparan meter. RR

Popular

  • Warta Roda

    Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

  • Warta Roda

    Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

Artikel berkaitan

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.