Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Jun 2017

Triumph Motorcycle Malaysia Perkenal Barisan Model 2017

Fast Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jentera Triumph di Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model-model terbaru untuk tahun 2017. Jentera-jentera baru itu adalah Bonneville Bobber, Bonneville T100/T100 Black, Street Scrambler dan Street Triple RS yang kini telah pun bersedia untuk dipasarkan. Satu-satunya model yang belum tiba ialah sebuah jentera jalanan, Triumph Street Triple yang dijangkakan bakal mendapat sambutan yang cukup hebat daripada para pencinta motosikal di Malaysia.

Triumph Bonneville Bobber.
Triumph Bonneville Bobber.

Model paling ditunggu-tunggu adalah Triumph Bonneville Bobber yang menawarkan gaya terbaru unik dan menarik. Enjinnya berkuasa 1,200cc, mempunyai ekspresi prinsip gaya minimum, pendirian kukuh dan penumpuan kepada kejuruteraan tulen Bobber. Tarikan utama model ini datangnya dari pelana tunggal boleh laras, bar hendal yang mendatar, lampu utama menarik, tangki yang diukir, rim berjejari, ekor belakang jenis 'Swing Cage' dan penyerap hentak mono.

Model ini juga dilengkapi dengan mod tunggangan (Road & Rain), sistem traction control, ABS dan Torque assist Clutch. Kesemuanya ini menjadikan Bobber ini cukup dinamik dan mengujakan untuk ditunggang seperti mana rupabentuknya. Bobber ditawarkan pada harga bermula pada RM74,900 hingga RM75,900 (termasuk GST) dengan beberapa warna menarik seperti Morello Red, Stunning Competition Green dan Frozen Silver.

“Paling hebat ialah Bobber ini direka untuk diberi sentuhan unik dan untuk itu, terdapat lebih daripada 150 aksesori yang ditawarkan kepada pelanggan untuk lebih bergaya, selesa dan berprestasi,” kata CEO Fast Bikes Sdn Bhd, Dato' Razak Al-Malique.

Triumph Street Scrambler.
Triumph Street Scrambler.

Bagi pencinta jentera gaya scrambler, model terkini, Triumph Street Scrambler adalah pilihan terbaik. Enjinnya dari Triumph Street Twin 900cc, sistem penyejuk cecair, kembar parallel generasi baru. Casisnya dibuat khusus untuk Street Scrambler dengan meletakkan tempat pemijak di posisi optimum untuk tunggangan offroad. Model ini dilengkapkan dengan tayar hadapan bersaiz 19-inci dengan belakang 17-inci jenis Metzeler Tourance Dual-Sport.

Street Scrambler juga memiliki ABS dan traction control yang boleh dimatikan untuk tunggangan offroad. Model ini juga didatangkan dengan rak aluminium tetapi ianya boleh diubah dan diganti dengan pelana pembonceng jika menunggang berdua. Panel meter model ini memaparkan jam, kelajuan, putaran rpm, posisi gear, odometer, trip meter, tahap penggunaan bahan api dan talaan traction control. Street Scrambler ditawarkan pada harga RM65,900 hingga RM67,900 (termasuk GST) dan boleh dimiliki dalam beberapa warna seperti Jet Black, Matte Khaki Green, Korosi Red dan Frozen Silver.

Triumph Bonneville T100/T100 Black.
Triumph Bonneville T100/T100 Black.

Bagi mereka yang berjiwa klasik, model terbaru Triumph Bonneville T100/T100 Black. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin kembar parallel 900cc, lapan injap dengan sistem penyejuk cecair. Model T100/T100 Black dibuat berinspirasikan model ikonik 1959 Bonneville yang dicantikkan dengan tangki yang diukir, plat enjin terperinci dan rim berjejari. Model T100 turut disempurnakan dengan pelindung aluminium, lencana Triumph, cermin sisi krom dan pelana yang lembut serta selesa.

T100/T100 Black turut dikemaskan dengan aksesori klasik seperti panel meter bulat kembar yang mempunyai ciri-ciri terdapat pada motosikal moden seperti skrin LCD. Model T100 didatangkan dengan tiga warna klasik iaitu Aegean Blue/Fusion White dan Intense Orange/New England White serta Jet Black. Harga yang ditawarkan untuk T100/T100 Black ialah RM63,900 hingga RM65,900 (termasuk GST).

Triumph Street Triple RS.
Triumph Street Triple RS.

Untuk mereka yang gemarkan kepantasan, Triumph Street Triple RS kini telah bersedia untuk dimiliki. Harga untuk model ini RM66,900 (termasuk GST) dan sememangnya ia sehebat namanya. RS dikuasakan oleh enjin 765cc yang diasaskan daripada Triumph Daytona. Di dalam 'keluarga' Street Triple, RS adalah yang tertinggi dengan 16% lebih kuasa berbanding dua lagi varian iaitu 'S' dan 'R' yang akan berada di pasaran negara kelak. Model RS menawarkan kuasa setinggi 121bhp pada 11,700rpm. Model ini juga dilengkapi dengan sistem saspensi, brek dan tayar-tayar yang berada di tahap tertinggi.

RS juga dipadatkan dengan teknologi moden seperti Ride by Wire (RbW), tiga mod tunggangan iaitu Road, Rain dan Sport, pemetaan pendikit, TC, lengan ayun gullwing, sistem brek berserta ABS dan sistem saspensi jenis Showa, penyerap hentak Ohlins yang menjanjikan tunggangan yang pantas, selamat dan berkualiti tinggi. Model baru ini boleh dimiliki dalam skima warna Matt Silver Ice dan Phantom Black.

Triumph Street Triple R.
Triumph Street Triple R.

Satu-satunya model yang belum lagi tiba ialah Triumph Street Triple S yang bersesaran 765cc. Model ini dianggarkan berharga bawah RM55,000, semestinya sangat ditunggu-tunggu oleh pencinta motosikal di seluruh negara.

Kepada mereka yang ingin melihat dan mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai model-model baru ini, sila berkunjung ke Pusat Pameran (Flagship Store) Triumph Premium yang terletak di Petaling Jaya atau hubungi 03-70609007. Untuk kawasan di utara, sila hubungi talian 04-2271007 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 014-8877166 di Kuching Sarawak dan 019-3088881 di cawangan Sabah. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal EnfieldĀ meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagiĀ kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Pandu Uji

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda 'Africa Twin' memperoleh reputasinya bermula pada tahun 1980-an apabila syarikat pengeluar motosikal dari Jepun ini membuat keputusan untuk sertai perlumbaan lasak, Rally Paris-Dakar.

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.