☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2017

YAMAHA NIKEN : Revolusi Dunia Dua Roda

Model ini telah menjadi ‘Bintang’ ketika ia mula-mula dipertontonkan kepada para pencinta motosikal di Tokyo Motor Show pada 25 Oktober lalu dan sekali lagi memukau setiap mata yang melihatnya apabila diperkenalkan di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA pada awal November lalu oleh Valentino Rossi. Model yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan iaitu Yamaha Niken.


Apa keistimewaan dan kehebatan model baru ini? Ok… dalam bahasa Jepun, Niken bererti ‘Dua Bilah Pedang’ yang berasal daripada ciptaan dua bilah pedang pada abad ke-17 di Jepun. Ia membuktikan satu revolusi dan merupakan era terbaru ketika itu dalam peperangan. Yamaha Niken merupakan motosikal tiga roda berkuasa tinggi Leaning Multi-Wheeler (LMW) yang dikuasakan oleh enjin tiga silinder dengan sistem penyejuk cecair. Teknologi LMW ini direka untuk mengurangkan kesan perubahan tunggangan serta untuk memberikan kestabilan tinggi dan keyakinan ketika membuat miringan.


Hasil daripada revolusi ini, kita dapat mengawal dan menikmati jentera tiga roda ini dalam semua keadaan, tidak kira untuk tunggangan sporty, meratah setiap selekoh tajam atau sewaktu menyusuri di pelbagai jenis permukaan jalan. Dua buah tayar di hadapan bererti, jentera ini dilengkapi dengan dua set brek hadapan bersaiz 298mm dan brek belakang bersaiz 282mm yang menawarkan tahap membrek dan daya tarikan (traction) yang belum pernah dimiliki oleh jentera lain.

Bahagian hadapan Niken dikemaskan dengan dua buah lampu LED yang disepadukan dalam fairing yang direka cukup aerodinamik dan semestinya tidak ada seumpamanya lagi di jalanan. Untuk disepadankan dengan rekaan dua buah tayar hadapan, dua buah lampu posisi telah dipasang dengan penuh gaya. Cermin pengadang hadapan juga direka untuk melindungi para penunggang Niken ini disamping keselesaan ketika memecut. Cermin sisi model ini direka berasaskan YZF-R1 yang disepadukan dengan lampu isyarat.

Rekaan unik LWM 3 roda ini memperkenalkan kita dengan dimensi serba baru berbanding motosikal biasa. Demi mengoptimakan pengendaliannya, Yamaha telah melengkapkan model ini dengan penggunaan lengan ayun aluminium sepanjang 552mm. Ia 15mm lebih panjang berbanding model MT-09 yang direka untuk lebih stabil di dalam selekoh.

Valentino Rossi melancarkan Yamaha Niken di Eicma Milan November lalu.
Valentino Rossi melancarkan Yamaha Niken di Eicma Milan November lalu.

Niken dikuasakan oleh enjin 847cc yang ditala serba baru. Ia dibangunkan daripada model MT-09, Tracer 900 dan XSR900 serta lengkap dengan teknologi elektronik terkini seperti YCC-T, D-Mode dengan tiga mod tunggangan, Cruise Control, Traction Control, Quick Shifter System dan A&S Clutch.


Dengan tangki bahan api bersaiz 18 liter, Niken ini mampu menjelajah ke pelbagai jenis jalan dan muka bumi sejauh 300 km dengan gaya serba baru dan pengendalian yang mengagumkan. RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).