☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2017

Mforce Bike Holdings Makin Garang Dengan 4 Model Terbaru

Untuk terus berdaya saing di dalam pasaran motosikal yang kini ternyata semakin kompetitif, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan empat model terbaru yang terdiri daripada sebuah jentera Benelli dan tiga buah motosikal jenama Keeway. Majlis pengenalan untuk keempat-empat model mantap ini telah diadakan pada 17 Oktober lalu yang disempurnakan oleh Pengurus Besar (Operasi) Mforce Bike, En. Asri Ahmad dan Ketua Eksekutif Jualan Benelli, En. Dante Bustos.

Dari kini: En. Asri Ahmad dan En. Dante Bustos di majlis pelancaran model Benelli dan Keeway.
Dari kini: En. Asri Ahmad dan En. Dante Bustos di majlis pelancaran model Benelli dan Keeway.


Segmen jentera jalanan pastinya lebih menarik dan lebih kompetitif dengan kehadiran Benelli Leoncino, sebuah jentera berenjin 499.6cc, dua silinder yang memiliki kuasa setinggi 48hp pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 5,000rpm. Dengan penggunaan sistem suntikan bahan api elektronik, Leoncino bukan sahaja menawarkan pecutan yang lancar tetapi juga penjimatan bahan api yang mengagumkan.

BENELLI LEONCINNO 500
BENELLI LEONCINNO 500


Benelli menyempurnakan bahagian hadapan dengan lampu utama jenis LED dan panel meter digital yang cukup kemas, terang dan tampak mewah. Sistem saspensi hadapan dan belakangnya direka dengan bijak agar mampu menangani segala jenis hentakan dan permukaan jalan dengan cemerlang. Benelli Leoncino dilengkapkan dengan tayar hadapan Pirelli Angel ST 120/70 ZR17 MC dan 160/60 ZR17 MC. Leoncino ditawarkan pada harga RM27,999 (tidak termasuk GST) dengan dua warna menarik iaitu Leoncino Red dan Vulcan Red.


Ketiga-tiga model Keeway yang diperkenalkan ialah Patagonian Eagle 250, K-Light 250 dan Cafe Racer 152 yang masing-masing ditawarkan pada harga RM9,388, RM8,588 dan RM6,150 (kesemua harganya tidak termasuk GST). Patagonian 250 merupakan sebuah jentera chopper bersesaran 249cc yang bukan sahaja cantik tetapi juga berkuasa tinggi serta tunggangan yang mantap. Tangkinya bersaiz 12 liter dan direka dengan rekabentuk teardrop manakala sistem saspensi hadapan (jenis teleskopik) dan penyerap hentak berspring di belakang menawarkan penyerapan hentakan dengan baik. Model ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Hitam Matte dan Merah Metalik Matte.

KEEWAY K-LIGHT 202
KEEWAY K-LIGHT 202


K-Light 202 pula merupakan jentera gaya Garage-Built Retro yang menawarkan posisi menunggang selesa dan natural. Rekabentuk model ini dikemaskan dengan lampu utama berbentuk bulat, sistem ekzos, enjinnya yang mantap dan sistem saspensi. Panel meter model ini jenis digital yang memaparkan info-info penting dengan jelas sekali. Model ini juga ditawarkan dalam dua warna iaitu Merah dan Hitam.

KEEWAY CAFE RACER 152
KEEWAY CAFE RACER 152


Cafe Racer 152 pastinya menambat hati para pencinta motosikal retro kerana ia adalah trend terbaru untuk menunggang jentera seperti ini. Cafe Racer 152 didatangkan dengan enjin 149cc yang berkuasa 8.5kW pada 8,500rpm dan tork 11.1Nm pada 6,000rpm. Jentera ala retro ini boleh dihidupkan dengan kaedah elektrik dan tendang manakala rim jenis berjejari yang dipadankan padanya memang sesuai dan cantik sekali. Keupayaan membrek yang dimiliki oleh Cafe Racer ini datangnya dari brek hadapan jenis cakera 220mm. Pilih warna sesuai mengikut kehendak anda sama ada Biru atau Hitam.

KEEWAY PATAGONIAN EAGLE 250
KEEWAY PATAGONIAN EAGLE 250


Menurut En. Asri, pihaknya amat yakin dengan kesemua model-model yang diperkenalkan kerana ia memiliki pakej dan spesifikasi seperti mana yang dikehendaki oleh para penunggang motosikal di seluruh negara. Model Benelli Leoncino mula dipasarkan pada awal Disember ini manakala ketiga-tiga model Keeway akan memasuki pasaran negara pada suku pertama tahun 2018. RR
 

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.