Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Ogos 2020

Ducati Malaysia Memperkenalkan Tiga Model Terbaru

Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia telah melancarkan barisan produk 2020 mereka di dalam sebuah majlis “Ducati Trio”. Antara tiga model tersebut ialah Ducati Panigale V4, Ducati Panigale V2 dan Scrambler Ducati Icon Dark.

Rangkaian model Panigale merupakan jentera sportbike paling laris dijual selama dua tahun berturut-turut. Sebanyak 8,000 unit telah pun terjual di seluruh dunia dengan penguasaan pasaran sebanyak 25%.

Untuk model tahun 2020, Panigale V4 telah dinaiktaraf di mana jentera tersebut kini lebih mesra pengguna berbanding model sebelumnya. Terdapat dua varian yang diperkenalkan iaitu Panigale V4 dan V4 S.

Panigale V4 dan V4 S didatangkan dengan enjin Desmosedici Stradale 1,103cc, yang menawarkan kuasa maksimum 214hp ada 13,000rpm dan tork 124Nm pada 10,000rpm. Terdapat dua sistem elektronik iaitu Ducati Traction Control (DTC) EVO 2 dan Ducati Quick Shifter (DQS) EVO 2.

Sementara itu, V4 S dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis Ohlins NIX-30, penyerap hentak tunggal Ohlins TTX36, Steering Damper Ohlins, sistem Ohlins Smart EC 2.0, bateri jenis lithium-ion dan rim Forged Marchesini.

Panigale V4 boleh dimiliki pada harga RM132,900 manakala V4 S dijual pada harga RM172,000.

Panigale V2 pula dijana dengan enjin Superquadro 955cc yang mematuhi piawaian Euro 5 mampu menghasilkan kuasa 155hp pada 10,750rpm dan tork 104Nm pada 9,000rpm. Model ini hadir denga tiga jenis mod tunggangan iaitu Race, Sport dan Street.

Untuk mengutamakan aspek keselamatan, jentera ini dilengkapi dengan sistem ABS Bosch Cornering EVO, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Quick Shift Up/down (DQS) EVO dan Engine Brake Control (EBC) EVO. Panigale V2 ditawarkan pada harga RM109,900.

Sagmen Scrambler telah wujud sejak tahun 1962. Jenama tersebut dilancar semula pada tahun 2014 dalam barisan produk Ducati. Sejak dari itu, jentera Scrambler berjaya dijual sebanyak 55,000 unit di seluruh dunia.

Oleh itu, barisan produk Scrambler Ducati diperkembangkan lagi dengan pelancaran model yang menampilkan tema gelap menerusi warna Hitam Matte iaitu Scrambler Ducati Icon Dark.

Scrambler Icon Dark dijana dengan enjin Desmodromic L-Twin, 803cc dengan sistem penyejuk udara menghembuskan kuasa maksimum 73hp pada 8,250rpm beserta transmisi enam kelajuan.

Jentera ini telah disempurnakan dengan sistem Ducati Multimedia (DMS) yang membolehkan penunggang menghubungkan jentera dengan telefon pintar, alat penghubung dan sistem navigasi Ducati menerusi Bluetooth. Terdapat empat peranti yang boleh dihubung dengan serentak. Antara ciri-ciri lain yang ada seperti lampu depan LED dengan Day Runnig Light (DRL), brek-brek jenis cakera, klac hidraulik, paparan meter LCD, sistem Cornering ABS dan macam-macam lagi.

Scrambler ini boleh didapati di mana-mana bilik pameran atau pengedar sah jentera Ducati yang terdekat pada harga RM49,900. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal EnfieldĀ meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagiĀ kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.