Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 13 Disember 2020

Ezuin Esa : Cinta Pada Motosikal Perlu Keberanian

Walaupun sudah minat dengan dunia motosikal sejak dari kecil lagi, dia terpaksa menunggu hingga umurnya mencecah 30 tahun untuk memiliki sebuah jentera sendiri. Mengapa? Ia adalah kerana patuhnya dia pada pesanan ayah yang cukup mementingkan disiplin dan keselamatan yang tinggi. Itulah kisah Personaliti RR kali ini, Ezuin Esa dari Kuala Lumpur.

“Saya mempunyai beberapa orang sepupu yang tinggal di Singapura dan mereka ini lah mula-mula mengenalkan saya dengan motosikal berkuasa tinggi. Masalahnya… ayah saya seorang pegawai polis. Walaupun dia juga seorang peminat dunia automobil tetapi hal-hal yang berkaitan dengan motosikal sememangnya tidak disukainya. Oleh kerana itu saya perlu menghormati keputusan ayah.”

Selepas belajar, sambung belajar, berkahwin dan sudah ada anak, minatnya untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi kembali membara. Suami Ezuin juga seorang pencinta motosikal dan sudah tentu hasratnya itu mendapat sokongan.

“Pada tahun 2000, saya pernah terlibat dalam kemalangan kereta yang menyebabkan kecederaan yang agak serius dan saya bukan pemandu kereta tersebut. Oleh itu, saya jelaskan pada kedua ibu bapa saya tentang suatu kemalangan itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan tidak kiralah sama ada kita memandu atau menunggang. Saya bersyukur hasrat saya akhirnya direstui.”

Ezuin mula menabung dengan menyasarkan kutipan sebanyak RM5,000 untuk pembayaran duit muka. “Terus terang saya katakan… duit simpanan permulaan hanya RM10 sahaja.”

Dalam pada itu, Ezuin sudah mula mengikuti kursus menunggang motosikal dan mengambil lesen. Dia juga mula membeli pakaian menunggang sedikit demi sedikit. Kalau terdengar ada festival atau jualan murah pasti dia dan suami akan ke sana untuk membeli apa yang diperlukan. Sarung tangan… topi keledar…. jaket… sedikit demi sedikit diperolehinya demi melengkapkan pakaian keselamatan diri.

Ezuin juga mula menyertai konvoi (membonceng) ke merata tempat untuk melihat dan mempelajari gaya dan cara tunggangan.

Selepas mendapat lesen, dia juga beberapa kali diberi peluang untuk menunggang berbagai jenis motosikal berkuasa tinggi. Di sinilah dia mula berkenalan dengan para penunggang motosikal wanita, Lady Bikers Malaysia (LBM) yang mempunyai minat yang sama.

Selepas dua tahun menabung, Ezuin akhirnya berjaya memiliki sebuah Yamaha XJ6 dan ia adalah satu detik terindah dalam hidupnya. “Saya memilih XJ6 kerana model ini menggabungkan keselesaan sebuah jentera pengembaraan dan pada masa yang sama memberikan prestasi mantap sebuah jentera sport.

Sebaik sahaja rakan-rakan di LBM dapat tahu Ezuin sudah menunggang motosikalnya sendiri, mereka terus mengajaknya untuk berkonvoi ke Thailand. “Berkonvoi dengan bikers wanita memang seronok kerana semua satu kepala. Saya tidak seperti suami yang sukakan kelajuan dan adrenalin. Saya lebih suka mengembara dan melihat keindahan alam.”

“Pada tahun 2012, saya terpaksa berulang alik dari Mantin ke Desa Pandan yang jaraknya cukup jauh. Oleh kerana minat pada kerja (event management, ketika itu) yang saya lakukan, saya sanggup buat begitu walaupun ada ketikanya bermotor di waktu malam. Saya cukup yakin dengan kemampuan jentera saya dan apabila tiba hujung minggu pula, XJ6 saya diperah ke kawasan-kawasan berselekoh untuk kepuasan menunggang. Saya dapat memacunya dalam kelajuan malar sekitar 180km/j tanpa sebarang kerosakan. Dengan penyelenggaraan yang baik, XJ6 tidak pernah mendatangkan masalah.”

Untuk meningkatkan kecekapannya menunggang, Ezuin juga kerap ke litar SIC dengan menunggang XJ6, mesin suaminya (Suzuki GSX1000R) dan jentera lain seperti BMW S1000RR. Ezuin juga pernah menyertai sesi menunggang jentera lasak (motocross) untuk tujuan pengendalian yang lebih mantap.

“Bagi saya dan ramai lagi penunggang baru, kami berharap agar pihak JPJ dapat mempertingkatkan lagi tahap kokurikulum pembelajaran dan latihan kerana apa yang ada sekarang ini tidak mencukupi. Motosikal berkuasa tinggi makin mudah diperolehi, sistem elektronik juga semakin canggih dan oleh itu tahap kecekapan kawalan juga perlu terus dipertingkatkan agar nyawa dapat kita selamatkan. Saya kira amat bertuah kerana suami dan rakan-rakan adalah tempat untuk belajar dan menimba pengalaman.”

Setelah semakin mahir menunggang, Ezuin turut berkongsi segala pengalaman dan ilmunya bersama rakan-rakan motor yang lain di LBM. Dia sering menekankan agar setiap penunggang perlu banyak berlatih, berani dan menunggang dengan bijak. Di kala kecemasan, setiap penunggang hanya mempunyai beberapa saat untuk membuat keputusan dan tindakan yang selamat atau sebaliknya. Justeru, dengan latihan dan pengalaman mampu menjadikan seseorang itu lebih pantas dan cekap.

“Bagi para penunggang wanita yang ingin menunggang, saya amat galakkan. Jangan takut, sentiasa positif, capaikan keinginan, cari dan lihat setiap sudut yang selamat kerana orang yang kurang pengalaman sahaja akan sering katakan motosikal ini berbahaya. Selepas kita menunggang dan mendalaminya… ia adalah satu kenikmatan yang sukar digambarkan,” kata Ezuin menamatkan kisahnya. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Model Baru

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Untuk tahun 2025, Harley-Davidson menyenaraikan beberapa model yang telah diberikan nafas serba baru. Jom kita mulakan dengan model bobber 'otai' iaitu Street Bob. Street Bob ialah bobber yang kurus dan ramping dengan bar hendal jenis mini-ape yang dipadankan dengan enjin Milwaukee-Eight® 117 Classic V-twin bersesaran 1,923cc yang cukup padu!

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.