☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 April 2025

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Untuk tahun 2025, Harley-Davidson menyenaraikan beberapa model yang telah diberikan nafas serba baru. Jom kita mulakan dengan model bobber 'otai' iaitu Street Bob. Street Bob ialah bobber yang kurus dan ramping dengan bar hendal jenis mini-ape yang dipadankan dengan enjin Milwaukee-Eight® 117 Classic V-twin bersesaran 1,923cc yang cukup padu!

Enjin Milwaukee-Eight ini menghasilkan hantaran kuasa maksimum setinggi 98hp pada 4,600rpm dan tork 163Nm pada 2,500rpm. Model ini dilengkapkan dengan sistem suntikan bahan api elektronik berserta sistem transmisi 6-kelajuan yang lancar dan senyap.

Walaupun para pesaingnya menggunakan panel meter TFT serba baru, Street Bob kekal dengan meter analog (untuk kelajuan) manakala paparan digital menunjukkan tahap kelajuan, odometer, takometer, mod tunggangan, tahap bahan api, traction control, ABS, TPMS, cruise control, jam dan trip.

Pencahayaan daripada lampu-lampu LED sememangnya cukup terang dan tajam - sangat sesuai untuk perjalanan siang mahu pun malam. Rekabentuk lampu utama dan lampu isyarat berbentuk bulat 'bullet-style' sememangnya tepat dengan karaktor jentera ini.

Pergerakan jentera ini yang tangkas disumbangkan oleh kerangkanya jenis tubular bertempa yang bertegaran tinggi. Street Bob dilengkapi dengan fork hadapan jenis teleskopik dengan tiga pengapit aluminium manakala di belakang pula dipadankan dengan penyerap hentak tunggal 'coil-over'.

Sistem ekzos jenis krom nampak ringkas tetapi memiliki aura dan identitinya yang tersendiri. Tayar hadapan bersaiz 100/90B19,57H dipadankan dengan sistem brek cakera tunggal. Tayar belakang yang bersaiz 150/80B16,77H juga dipadankan dengan brek cakera tunggal.

Pelananya setinggi 680mm, mudah untuk kita mengawal jentera seberat 293kg ini khususnya dalam kelajuan rendah. Tangki model ini sebesar 13.2 liter dan menurut pihak H-D, penjimatan penggunaan bahan api selepas ujian di BAndar/LEbuhraya ialah sekitar 5 lter untuk 100 kilometer.

Kita berharap pihak Didi Group dapat memperkenalkan model ini ke pasaran negara kelak. Sama-sama kita tunggu. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.