☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 17 September 2024

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Nama penuhnya ialah Mohd Halim Bin Mohamad Zaid. Berumur 45 tahun, merupakan seorang bapa kepada empat orang cahaya mata dan mempunyai seorang isteri yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Di media sosial pula, Cikgu Halim lebih dikenali dengan nama panggilan Cikgu Offroad. Beliau mengajar di sebuah sekolah pedalaman iaitu SK Balar yang terletak di Gua Musang bersempadan di Negeri Perak dan merupakan salah sebuah sekolah paling terpencil dan mencabar di Semenanjung Malaysia.

“Sebenarnya, sejak dari dulu lagi saya amat meminati aktiviti-aktivit lasak dan sangat mengemari hal-hal yang berkaitan dengan keindahan serta kehijauan alam hutan dan itu adalah salah satu sebab mengapa saya masih berkhidmat di sekolah pedalaman di Gua Musang.”

“Sangat sukakan sesuatu yang baru serta berpeluang mengutip pengalaman paling berharga yang bukan semua orang boleh rasa, maka sebab itulah saya berkongsi segala hal di sini di media sosial. Hal-hal yang baik dan positif yang mungkin boleh memberi semangat dan inspirasi buat semua di luar sana.”

Cikgu Halim mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pangkal Mak Wan, kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Machang dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak. Ia adalah titik tolak saya menempuh alam pekerjaan yang pelbagai hinggalah diterima masuk ke alam perguruan pada tahun 2007 melalui pengambilan KPLI pada tahun 2006.

Setelah menjejakkan kaki ke dalam bidang perguruan maka saat itulah jiwa dan raga setiap insan bergelar pendidik akan diberikan demi untuk segenap anak pertiwi. Biarpun di mana kita bertugas, walau apa jua cabaran maka itulah amanah yang perlu dilunaskan.

Di bandar, desa, kampung mahupun di kawasan pedalaman setiap cabaran adalah berbeza untuk setiap guru yang bertugas namun apa yang membezakan antara individu itu sendiri tentang cara bagaimana seorang guru itu memberikan khidmat dan sumbangannya kepada setiap murid dan masyarakat.

Kali kedua Cikgu Halim memohon pertukaran untuk balik ke negeri kelahiran, dan akhirnya beliau ditempatkan di sebuah sekolah bernama SK Balar.

“Agak asing kedengaran namun setelah diselidiki maka secara totalnya berubah 360 darjah kalau dulu di sebuah sekolah bandar dan akhirnya ditempatkan di sebuah sekolah paling pedalaman di Negeri Kelantan tempat bermastautinnya masyarakat suku kaum Temiar. Saya terima dengan hati terbuka walaupun pada mulanya agak bercampur baur perasaan namun saya tetapkan di dalam hati mungkin inilah aturan Tuhan yang paling terbaik.”

“Atas dasar itulah, apabila ditempatkan di sebuah sekolah yang jauh dari segala kemudahan namun ada keindahannya tersendiri di Pos Balar yang membolehkan saya kekal positif bahawa ini adalah aturan Tuhan yang kita sendiri tidak pasti.”

Apa yang istimewa boleh saya kongsikan tentang hal anak-anak polos di sini ialah masyarakatnya yang serba sederhana dan yang paling utama berkongsi kisah tentang pengorbanan guru yang berkhidmat di pedalaman.

Secara jujurnya, mungkin ada yang tidak pernah terlintas di benak akan perjalanan guru-guru yang berkhidmat jauh di pedalaman, sanggup mengadaikan nyawa di waktu siang dan malam demi mendidik anak bangsa. Perit di mata mereka yang melihat akan tetapi inilah rutin biasa bagi Cikgu Halim dan rakan-rakan saban minggu meredah hutan rimba melalui jalan bekas tinggalan balak. Tidak kira hujan ribut atau cuaca, panas kemarau, tugas tetap tugas... rutin tetap rutin.

“Segala kisah dan perjalanan hidup banyak Cikgu Halim kongsikan di Youtube Channel : Cikgu Offroad, juga di Tiktok dan Facebook. Di laman FB pula, saya banyak menulis tentang hal-hal di Pos Balar. Menulis dengan jiwa dan mata hati sambil berlatar belakangkan gunung dan alam hijau terbentang.”

“Tiada yang istimewa apabila kelak, melihat anak bangsa orang asli mampu mengubah nasib hidup mereka tanpa mengubah adat serta tradisi nenek moyang mereka. Saat kami sampai dan anak-anak kecil itu melambai menyambut kedatangan kami maka itulah yang membuatkan kami akan lebih bersemangat demi mendidik anak-anak di sini.'

Dan kini setelah 4 tahun berkhidmat di Pos Balar, segalanya dilalui dengan baik dengan persekitaran yang sangat kondusif. Di sisi lain pula ada rakan-rakan yang sangat menyokong dan memberi kerjasama penuh dalam segala hal. Pihak sekolah dan pentdbir yang sangat memahami dan kehidupan kami di sini adalah seperti sebuah keluarga yang besar.

Masyarakat Orang Asli di sini pula adalah masyarakat yang sangat menyokong usaha dan komitmen guru-guru dan segala perancangan yang diatur sentiasa berjalan dengan baik.

“Kadang kala, saya terfikir mungkin inilah yang memberi motivasi dan semangat untuk kita memikul amanah dengan lebih baik. Berada di tempat yang baik dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik maka hasilnya pun akan baik-baik.”

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Aveta Malaysia Sdn.Bhd kerana telah memberi dan menaja tiga buah motosikal Aveta Ranger Max Explorer untuk kegunaan saya dan dua lagi rakan. Atas penghargaan kepada kami guru-guru yang berkhidmat di pedalaman, secara jujurnya saya amat terharu dan berbesar hati menerima sumbangan ini moga dengan harapan saya akan terus bersemangat mendidik masyarakat OA di Pos Balar.

Paling utama ialah doa dari isteri dan anak-anak yang sentiasa mengiringi perjalanan pergi dan balik setiap minggu. Kepada Tuhan kita berserah.

Buat semua pendidik, didiklah dengan sepenuh jiwa. Dunia pendidikan semakin mencabar dan itulah tugas kita sebagai guru walau di mana kita berada. Kita adalah contoh dan ingatlah janji kita, 'Tunai janji, tetap kami tunaikan.' RR

#cikguoffroad
Yang kental pasti sampai
Pos Balar, Gua Musang Kelantan.

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Azlan Shah Kamaruzaman: Semangat Juang Tidak Pernah Padam

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.