☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 April 2025

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix musim baru bakal menyaksikan para pelumba berbakat bersaing untuk mengejar takhta kejuaraan pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara). Para pelumba CP150 yang bakal kembali berentap sudah semestinya juara bertahan 2024 iaitu Md Akid Aziz bersama rakan sepasukannya Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha -  CKJ Racing.

Pencabar-pencabar yang lain seperti Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing, Kasma Daniel Kasmayuddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan ramai lagi pelumba yang ingin bergelar juara. Tidak lupa juga buat pencabar baru dari pasukan VOGE Racing Team with AS25 Academy yang akan menurunkan tiga orang pelumba iaitu Muhammad Afizi, Muhammad Afizad dan Muhammad Muzakkir dengan menggunakan jentera VOGE Formica Rossa FR150.

Pada musim lalu merupakan musim cemerlang buat Akid Aziz di mana beliau meraih gelaran juara keseluruhan buat kali kedua dengan tujuh kemenangan dan satu podium. Akid telah mengumpul sebanyak 200 mata manakala rakannya Afif di tangga kedua dengan 163 mata diikuti Kasma di tempat ketiga keseluruhan (124 mata) diikut pelumba jentera Honda Azroy Hakem di kedudukan keempat dengan 121 mata.

Akid merupakan pelumba berpengalaman yang mampu mengatasi cabari di litar teknikal dan juga berkelajuan tinggi. Mampukah Akid mempertahankan gelaran kejuaraan dia sekali lagi pada musim ini?

"Kekurangan saya pada musim lepas adalah fokus ketika dalam perlumbaan. Stamina saya juga perlu diperbaiki terurama pada penghujung perlumbaan yang lebih panjang. Musim ini saya perlu meningkatkan lagi latihan fizikal dan mental untuk mencapai keputusan yang terbaik," kata Akid.

"Saya juga perlu belajar untuk mengawal emosi dan membuat keputusan yang lebih bijak pada situasi tertekan. Matlamat saya untuk musim ini untuk mencapai prestasi yang lebih konsisten agar dapat mempertahankan gelaran juara sekali lagi. Secara spesifiknya, saya ingin memperbaiki dari segi teknik, taktikal dan mental," tambahnya.

Tidak kurang hebat buat Afif yang mempertahankan kedudukan di tangga ketiga teratas sepanjang musim. Walaupun pencabar-pencabar terdekatnya seperti Kasma dan Azroy yang sentiasa memberi tekanan kepadanya, Afif berjaya mengatasinya untuk menghasilkan pencapaian yang memuaskan. Mampukah dia menersukan perjuangan musim baru  terhadap Kasma dan Azroy di mana dua pesaing utama itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Selain itu, musim 2025 merupakan musim baru bagi para pelumba yang dari CP125 mara ke CP150 yang terdiri daripada Irfan Haykal (Maeztro SCK Honda Racing Team) dan Shahrul Ezwan (TKKR Racing Team). Syafiq Rosli pula bertukar pasukan dari PETRONAS Sprinta Maju Motor ke JEtron YY Pang Racing Team manakala Danish Aiman bakal meyertai kelas perdana ini daripada kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup bersama ATAS AHM Motor Sports.

Ayuh semua jom ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada 19hb - 20hb April 2025 untuk memberikan sokongan padu kepada para pelumba dalam saingan pusingan pertama. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.