Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 1 Mac 2022

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

En. Rewi Hamid Bugo dilahirkan pada 12 April 1973 di Glasgow, Scotland ketika ayahnya sedang menuntut di sana. Beliau merupakan pengerusi Didi Group dan juga pengarah bagi beberapa lagi syarikat di tanahair dan luar negara. Sekembalinya ke Malaysia, En. Rewi bersekolah di SRB St Joseph’s dan menyambung pelajaran ke sekolah menengah di SMB St Joseph’s, Kuching. Dengan kecemerlangan yang dinikmatinya dalam dunia pendidikan, beliau meneruskan kehidupannya sebagai pelajar di University of Canterbury dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dan Master dalam bidang Perdagangan.

Setelah tamatnya dunia 'persekolahan', En. Rewi melangkah masuk ke dunia pekerjaan di sebuah syarikat komunikasi, Ericsson Communications berpusat di Wellington, New Zealand. Beliau berkhidmat di sana selama setahun dan kembali semula di Sarawak pada tahun 1998 dan memulakan kerjaya dalam bidang hartanah dengan nama asal iaitu Syarikat Perumahan PJ sebelum ditukar kepada Petra Jaya Properties.

En. Rewi kemudiannya mengembangkan karier dan perniagaannya ke Kuala Lumpur bermula pada tahun 2001 hingga ke hari ini dalam pelbagai industri seperti petroleum & gas, pelancongan, insurans dan lain-lain termasuklah dunia motosikal.

“Saya seorang yang mementingkan disiplin. Ia amat penting dalam kehidupan dan kerjaya jika ingin berjaya. Saya akan bersedia sangat awal jika akan menghadiri mesyuarat atau temu janji penting. Ayah saya sering memberi panduan buat saya. Antara kata mutiara daripada beliau ialah 'Jika anda bangun lewat, setiap jam yang telah ditinggalkan itu bersamaan dengan jumlah kerugian masa dalam kehidupan'. Saya jarang tidur pada lewat malam, akan sentiasa bangun awal dan menggunakan waktu pagi dengan sebaiknya kerana otak serta daya pemikiran kita masih segar,” kata En. Rewi.

Bercerita mengenai dunia motosikal. En. Rewi berkongsikan bahawa ketika di awal usia remaja, beliau sering berbasikal hingga berbatu jauhnya. Dengan cara itu, En. Rewi dapat menikmati kebebasan jalan-jalan di pelbagai kawasan dalam dan luar bandar.

“Nikmat bermotosikal juga tidak jauh bezanya jika kita bandingkan dengan menunggang basikal. Ia memberikan nikmat rasa bebas yang sama tetapi kali ini lebih laju dan lebih bergaya. Pemandangan dan sifat seorang penunggang motosikal juga amat berbeza dengan mereka yang memandu. Kita lebih berwaspada dan peka dengan keadaan trafik,” tambah beliau.
En. Rewi memiliki sebuah Moto Guzzi V7 Anniversario dan Ducati Multistrada. Beliau sering bermotor secara solo atau bersama isterinya ke beberapa destinasi pilihannya pada hujung-hujung minggu.

Bagi En. Rewi, motosikal juga sangat praktikal. Penunggang motosikal dapat menikmati bukan sahaja pemandangan dan keindahan suatu tempat tetapi ia adalah kenderaan yang paling mudah untuk diparkir serta mengatasi kesesakan. Dunia motosikal telah wujud di dunia sejak ratusan tahun lamanya dan akan terus kekal di hati pencinta motosikal seperti beliau untuk selama-lamanya.

“Sememangnya pandemik ini memberi kesan kepada banyak sektor perniagaan. Apa yang dapat saya katakan, perniagaan motosikal tidak begitu terjejas. Ini berdasarkan penutupan sempadan negara yang menyebabkan ramai memilih untuk mengembara di dalam negara. Apabila terdapat lebihan duit untuk dibelanjakan, antara jalan terbaik ialah dengan membeli motor,” katanya.

Berdasarkan rekod yang dicatatkan tahun 2021, ketika negara dibelenggu dengan pelaksanaan PKP, jumlah penjualan motosikal bulanan pernah mencecah sehingga 85,000 unit sebulan dan ia adalah yang tertinggi dalam sejarah permotoran.

Sebagai seorang pencinta motosikal, En. Rewi sentiasa memikirkan soal keselamatan khususnya untuk mereka yang memacu jentera dua roda. Antara perkara penting yang perlu difikirkan sebelum membeli sesebuah motosikal ialah adakah ia sesuai dengan kemampuan serta kemahiran bakal pemilik itu. Jangan hanya kerana kawan sekeliling menggunakan motosikal 1000cc, kita juga mahukan motor yang sama. Beliau menegaskan untuk membeli motosikal ikut kemampuan diri.

“Teknologi motosikal yang sentiasa berkembang pesat khususnya dari segi keselamatan penunggang sememangkan amat penting. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang perlu sentiasa difikirkan dan ditingkatkan seperti sistem brek dan sistem saspensi kerana itu adalah syarat utama untuk memperlahankan kelajuan,” katanya.

Bila ditanyakan tentang rancangan masa hadapan En. Rewi membahagikan kepada dua iaitu dari sudut perniagaan dan dirinya. Sebagai pengerusi syarikat, En. Rewi katakan mereka telah bekerja keras selama ini walaupun dengan bermula hanya dari satu jenama.

“Walaupun DD Resources masih muda, tapi amat cukup dedikasi dan bekerja keras untuk suatu pencapaian. Saya amat bersyukur mempunyai 'pasukan' yang cukup bersemangat untuk berada di pasaran motosikal negara. Pendekatan kami berbeza. DD Resources bukan hanya sekadar mahu menjual produk tetapi juga mahukan para pembeli menikmati pengalaman sebelum dan selepas memiliki motosikal idaman mereka. Kami mahukan para pelanggan dapat membeli segala aksesori serta alat ganti dengan mudah,” tambah beliau.

Secara peribadi, En Rewi sentiasa memanjatkan kesyukuran kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan walaupun di waktu pandemik yang agak sukar seperti yang dialami sekarang ini.

Wawasan En. Rewi dalam dunia korporat dan perniagaan cukup jelas dan begitu juga minatnya dengan motosikal. Jika kerjaya dapat disatukan dengan minat, ia adalah satu keberkatan yang ingin dinikmati oleh kita semua. RR

Isu Pada

Mac 2022

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Azlan Shah Kamaruzaman: Semangat Juang Tidak Pernah Padam

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Dua gadis berusia 18 tahun maut selepas tercampak daripada motosikal dinaiki mereka yang dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki disyaki pengedar dadah di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail.

Dari Litar

Luca Marini Cedera Semasa Sesi Ujian Suzuka 8 Hours

Pelumba Honda Factroy MotoGP iaitu Luca Marini mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi ujian bagi persiapan perlumbaan Suzuka 8 Hours.

Warta Produk

Pirelli Diablo Supercorsa SP V4 - Sesuai Untuk Litar & Jalanan Biasa

Pirelli telah memperkenalkan siri terkini iaitu Diablo Supercorsa SP, direka untuk litar dan lebih sesuai di jalanan biasa. 

Kembara

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Berpegangkan tema di mana bumi di pijak di situ kami ride kali ini, trip seterusnya adalah ke Pulau Jawa, Indonesia di mana targetnya adalah Loop Jakarta – Bandung sejauh 700km.