Isu Terkini

Disember 2023

Personaliti / 10 Februari 2021

Azlan Shah Kamaruzaman: Semangat Juang Tidak Pernah Padam

Bagi pencinta perlumbaan motosikal di tanahair, nama Azlan Shah Kamaruzaman tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelumba berusia 36 tahun ini berasal dari Selangor dan sememangnya sudah jatuh cinta dengan dunia motosikal sejak dari kecil lagi. Dia dan sahabatnya Md Zaki Aziz sering menonton MotoGP dan menunggang basikal bersama-sama.

Pada tahun 2003, Azlan terpilih untuk menyertai persaingan Cub Prix dalam kelas Wira bersama-sama pasukan Chear Kingston dengan menunggang Suzuki FX110. Semangat juangnya yang tinggi membolehkan Azlan cepat menyesuaikan diri dengan jentera. Dari Wira, prestasi Azlan semakin lama semakin meningkat dan semakin banyak memenangi perlumbaan.

Dari dunia cub prix, kariernya semakin berkembang ke peringkat Asia dan seterusnya peringkat dunia. Bermula di saingan Asia Road Racing Championship, Azlan telah 'terbang' ke beberapa buah negara yang disifatkan antara kenangan indah dan pembakar semangat untuk terus berjaya.

“Ketika bersaing di luar negara, saya berpengalaman berlumba di dalam pelbagai kondisi cuaca. Ada yang panas dan ada yang sangat sejuk. Sebagai pelumba, saya sentiasa menjaga kesihatan dan tahap kecergasan. Rutin penting seperti jogging, berbasikal dan pemakanan yang baik amat penting untuk berada di tahap tertinggi,” komen Azlan.

Kemuncak kariernya dalam kejuaraan cub prix ialah pada tahun 2012 apabila berjaya muncul juara keseluruhan dalam kelas prima, CP130. Ia adalah saat paling manis buat diri Azlan. Tahun 2013 amat penting buat diri Azlan kerana dia diberi kepercayaan untuk bersaing dalam Moto2 bersama pasukan Honda Team Asia dan di kejuaraan ARRC (SuperSports 600cc).

Azlan membuat penampilan sulungnya dalam Moto2 selepas menggantikan Tuki Takahashi di perlumbaan Grand Prix San Marino pada tahun 2013 dan berjaya menamatkan cabaran pertamanya di tempat ke-23. Azlan merupakan pelumba keempat dari ARRC yang diserap ke Moto2 selepas Thitipong Wakorom, Doni Tata Pradita dan Rafid Topan Sucipto. Pada tahun yang sama, Azlan telah mencipta satu lagi sejarah buat dirinya dengan kejayaan muncul juara keseluruhan SuperSports 600cc ARRC.

Azlan meneruskan cabarannya dalam Moto2 pada tahun 2014, 2015 dan keputusan terbaiknya di tempat keempat pada perlumbaan di Litar Motegi. Pada tahun 2016, Azlan kembali memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan ARRC dengan meraih keputusan yang memberangsangkan. Dia juga berjaya meraih keputusan yang sangat cemerlang di persaingan Suzuka Endurance Race dan berjaya membawa pulang piala kemenangan yang dicapai dalam perlumbaan 4 Hours Endurance dan kemudiannya kategori prima iaitu 8 Hours Endurance. Azlan sekali lagi mengulangi kejayaannya sebagai juara keseluruhan SuperSports 600cc pada tahun 2017 tetapi gagal mempertahankan takhtanya pada tahun 2018.

Pada tahun 2019, Azlan menyertai pasukan Onexox TKKR dalam kategori baru ARRC iaitu Asia Superbike 1000 (ASB1000) dengan menunggang BMW S 1000 RR. Dengan kematangan dan pengalaman yang ada, Azlan telah meletakkan namanya sebagai juara sulung kelas ASB1000 dengan menewaskan para pencabarnya yang lain termasuk seorang jaguh negara iaitu Mohd Zaqhwan Zaidi.

Tahun ini segala perancangan untuk musim keduanya dalam saingan ASB1000 tidak dapat dilakukan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia malah Kejuaraan ARRC hanya dapat dijalankan sekali sahaja pada bulan Mac 2020 yang lalu. Kita berharap agar masalah wabak ini berjaya dibendung agar para pencinta motosikal dapat melihat aksi-aksi Azlan dan pelumba-pelumba lain di litar.

Cafe Santai Brooo

'Cafe Santai Brooo' merupakan sebuah restoran yang ditubuhkan oleh Azlan dan keluarganya pada tahun 2015. Ia merupakan tempat menikmati pelbagai jenis makanan lazat dan juga ruang bersantai yang selesa dan menarik.

“Seperti namanya, konsep restoran ini memang untuk santai. Ia sesuai untuk semua jenis pelanggan termasuklah para pelajar dan mereka yang ingin menyambung kerja di sini. Kami ada menyediakan banyak ruang untuk bekerja atau menyiapkan tugasan. Jika ada masalah atau alami tekanan, di sini juga ada disediakan game arcade, gimnasium, punching bag dan meja pool. Buat masa ini ruangan tersebut terpaksa ditutup sementara berikutan SOP Covid-19 yang perlu dipatuhi,” tambah Azlan.

Juadah paling 'top' dan yang paling diminati di sini ialah ayam penyek. Terdapat beberapa pilihan istimewa seperti Ayam Krathom, Ayam Ge-Prek, Ayam Jogja dan pelbagai menu lain yang memang cukup lazat. Santai Broo turut menyediakan khidmat penghantaran terus ke rumah. Untuk membuat pesanan, sila hantarkan Whatsapp ke 0133327334 atau 0103554481. Anda juga boleh membuat pesanan menerusi aplikasi instagram: @santai.broo, FB: Santai brooo atau foodpanda.

Buat masa ini, Santai Brooo beroperasi setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam di alamat No 46, Medan Sri Selera, Batu 7 Gombak, 68000 Batu Caves, Selangor. RR

Isu Pada

Januari 2021

Popular

  • Warta Roda

    Seorang Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Atas Kecuaian Orang Lain

  • Warta Roda

    Tunggang Uji Ringkas Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street 125 EX

  • Warta Roda

    Castrol Tawar Program Insurans Percuma Buat Penunggang Motosikal

  • Dari Litar

    Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

  • Dari Litar

    Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Artikel berkaitan

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Kenny Tan Kee Hooi: Cinta Pada Dua Roda Tak Pernah Padam

Ezuin Esa : Cinta Pada Motosikal Perlu Keberanian

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Empat Produk Honda Menang Anugerah 'THE RED DOT DESIGN AWARD'

Honda telah mengumumkan empat produk mereka iaitu EM1 e: Moped Elektrik, Motocompacto: skuter elektrik kompak boleh lipat, BF350: enjin bot dan Miimo: Mesin rumput robotik telah menerima anugerah Red Dot Design tahun ini dalam kategori 'Product Design'.

Warta Roda

Sepasang Suami Isteri Maut, Motosikal Terbabas Ke Laluan Bertentangan

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ke laluan bertentangan.

Warta Roda

Motosikal Kembara Elektrik FELO TOOZ - Cas Penuh 720 km perjalanan, Laju Maksimum 200km/j.

"Smart Tech Motor," peneraju dalam inovasi motosikal elektrik di Thailand, mempamerkan kecanggihan teknologi masa hadapan kepada motosikal elektrik dengan tinggi prestasi FELO TOOZ.

Warta Roda

Acara 'We Ride As One' Kembali!

“We Ride As One”, acara global Ducati akan dianjurkan pada hari Sabtu 4 Mei nanti. Penganjuran acara yang cukup istimewa ini memberi peluang komuniti pemilik Ducati atau Ducatista di setiap bandar berpeluang bertemu, berkumpul dan meraikan mereka semangat untuk Ducati.